Ancaman Siber Di Malaysia Dalam Keadaan Terkawal

Teknologi

Ancaman Siber Di Malaysia Dalam Keadaan Terkawal

Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan kumpulan penggodam Anonymous Malaysia membuat ancaman untuk menggodam laman sesawang kerajaan menerusi klip video yang berdurasi 55 saat.

Walaubagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia (CSM), Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, Malaysia masih berada dalam keadaan terkawal daripada ancaman siber tersebut dan tiada keperluan untuk masyarakat berasa bimbang atau cemas.

Advertisement

Namun, semua pengguna Internet harus mengambil tanggungjawab melindungi diri masing-masing daripada ancaman siber, dengan meningkatkan pengetahuan asas mengenai ancaman tersebut.

kumpulan anonymous

“CSM menawarkan pelbagai perkhidmatan keselamatan siber dalam konteks responsif dan penghalang untuk mencegah daripada kebocoran data dan melindungi keselamatan data melalui pengukuhan sistem keselamatan ICT (Teknologi komunikasi dan maklumat)”.

“Ini bagi membantu memperkukuh atau menyelamatkan keselamatan data… di CSM, kita juga ada Pusat Bantuan Cyber999 dimana jika berlaku apa-apa insiden, pengguna boleh melaporkan kepada kami di [email protected] atau menghubungi 1-300-88-2999. CSM turut bekerjasama rapat dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi dalam melindungi data rakyat Malaysia”.

Datuk Dr Amirudin berkata demikian dalam siaran langsung yang disiarkan di Facebook Live KKMM, saluran TV1 RTM dan Bernama TV menerusi program ‘Temu Minda Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM): Ancaman Siber, Adakah Malaysia Bersedia?’ bersama menterinya Datuk Saifuddin Abdullah.

Kumpulan Anonymous Malaysia kini disiasat polis mendakwa sistem sekuriti Malaysia berada pada tahap yang rendah dan boleh menyebabkan penggodam menjual segala maklumat yang bocor dan lebih 46 juta data pengguna syarikat telekomunikasi telah digodam.

anonymous

Sekali lagi, kumpulan itu memuat naik video berdurasi tiga minit 17 saat pada 29 Januari yang mendakwa scammer terus menipu orang ramai melalui e-mel, panggilan telefon dan laman sosial berikutan kebocoran data sejak tahun 2015.

Dr Kavita Muthy selaku Ketua Pegawai Strategi Intellize Tech Services berkata tahap keseriusan ancaman siber seakan-akan atau menjadi lebih besar daripada pandemik Covid-19 kerana ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa, perniagaan serta memberi impak yang buruk kepada ekonomi.

“Ini termasuk buli siber, iaitu suatu perkara yang tidak beretika langsung kerana kalau dulu kita nak buli orang dekat padang sekolah, tetapi sekarang di laman siber dan ia datang dengan emosi, niat untuk balas dendam atau menyakitkan hati orang lain atau beri sesuatu impak negatif kepada individu terbabit”. 

Ketua Bahagian Kelestarian Digi Telecommunications, Philip Ling dan Pembentang Terbaik Pertandingan Wacana Keselamatan ICT Kebangsaan 2019, Branden Carl Murray selaku ahli panel dalam program berkenaan.

Tambah Saifuddin, tema bagi sambutan Hari Keselamatan Internet di Malaysia pada 9 Februari ini adalah “Etika Siber” di mana rakyat berada dalam talian sekitar lima hingga 12 jam sehari secara purata. Hari Keselamatan Internet disambut seluruh dunia pada hari kedua, minggu kedua bulan Februari.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...