Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim Mangkat

Trending

Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim Mangkat

Anakanda Sultan Brunei, Pengiran Muda Abdul Azim Sultan Hassanal Bolkiah disahkan mangkat kelmarin.

Menerusi laporan Radio Televisyen Brunei, perkara itu diumumkan sendiri oleh Istana Brunei.

Advertisement

Almarhum dikatakan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.08 pagi, malah jenazahnya dimakamkan di Makam Diraja selepas Asar.

Bagaimanapun, punca kemangkatannya masih belum diketahui.

Sekadar informasi, Pengiran Muda Abdul Azim dilahirkan pada 29 Julai 1982 di Bandar Seri Begawan.

Almarhum merupakan kekanda kepada Pengiran Abdul Mateen yang merupakan kerabat diraja yang popular di media sosial.

Untuk rekod, Brunei akan berkabung selama tujuh hari dan seluruh rakyatnya diperintah untuk mengibarkan bendera setengah tiang.

Sumber: Radio Televisyen Brunei

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...