Menerusi Instagram, anak perempuan kepada penyanyi Zainal Abidin iaitu Timur Gabriel menepis tanggapan orang ramai yang sebelum ini menganggap dia membesar dalam sebuah keluarga yang kaya raya.
Bagaimanapun, kata Timur dia lahir dalam sebuah keluarga kelas pertengahan dengan kehidupan yang selesa namun dia bersama ibu dan abangnya dihalau keluar dari rumah keluarga ketika baru berusia 7 tahun.
Ramai orang yang tidak mengenali saya dengan baik menganggap saya membesar hidup kaya, saya berasal daripada keluarga yang berada dan mempunyai kehidupan yang sangat mudah.
Ibu lalui pelbagai cabaran, hidap kanser
Kongsinya lagi, pada waktu itu ibunya dalam keadaan susah dan tidak mempunyai simpanan yang banyak untuk meneruskan kehidupan.
Tambah Timur, kejadian tersebut meninggalkan kesan trauma kepada mereka tiga beranak dan berkata apa yang berlaku terhadap mereka sangat tidak adil.
Wanita berusia 31 tahun itu turut berkongsi kepayahan dilalui ibunya, Natasya Gabriel yang ketika waktu itu tiba-tiba menjadi ibu tunggal dan perlu membesarkan dua anak yang masih kecil tanpa suami di sisi.
Ibu membesarkan saya dan abang dengan pelbagai cabaran. Semua tekanan itu menyebabkan dia menghidap kanser. Tetapi, dia kini selamat.
Janji belikan rumah
Perkongsian itu dimuat naik oleh Timur sebagai penghargaan kepada ibunya selain berkongsi janji yang dibuat terhadap dirinya sendiri untuk membahagiakan ibunya kini.
Saya berjanji dengan diri saya untuk bekerja keras supaya saya dapat beri keluarga saya apa yang dirampas oleh ‘mereka’.
Cerita Timur, pada usia 10 tahun dia membuat janji akan membeli rumah yang cantik dan elok untuk ibunya suatu hari nanti dan impian tercapai apabila dia berkongsi telah berjaya menghadiahkan kediaman buat ibunya.
View this post on Instagram