Anak Zainal Abidin Hassan Dapat Hak Penjagaan Interim Anak, ‘Hashtag’ Mencuri Tumpuan – “#KononYangPalingTeraniaya”

Kehidupan

Anak Zainal Abidin Hassan Dapat Hak Penjagaan Interim Anak, ‘Hashtag’ Mencuri Tumpuan – “#KononYangPalingTeraniaya”

Sebelum ini, tular seketika mengenai kisah rumah tangga melibatkan anak kepada bekas jurulatih bola sepak kebangsaan Datuk Zainal Abidin Hassan, Mohd Zaiza bersama bekas isterinya, Suzur Sofia Smeth Jaya.

Ia menjadi bahan bualan warga maya setelah Sofia mendedahkan dia dianiaya dan tidak dibenarkan jumpa anak-anak mereka selain enggan diceraikan suaminya itu.

Advertisement

Terbaru, Mohd Zaiza dilaporkan telah menerima hak penjagaan anak interim yang sebelum ini difailkan Sofia.

Perkara itu diuar-uarkan Zaiza menerusi satu hantaran di media sosialnya di mana dia memuat naik sekeping foto bersama peguam syarie yang mewakilinya di mahkamah.

Syukur Alhamdulillah Ya Allah..Bekas isteri sebelum ini yang telah memfailkan hak jagaan untuk anak, dan keputusan hari ini Mahkamah telah Keluarkan Perintah Untuk Hak Jagaan Interim Anak di berikan kepada saya sebagai bapa kandung.

Ibu diberikan hak lawatan dan bermalam.. Amin.. terima kasih banyak kepada akak-akak lawyer saya yang menguruskan kes hadhanah saya..#kononygpalingteraniaya.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah kapsyen serta ‘hashtag’ hantaran itu yang seolah-olah menyindir bekas isterinya.

Sekadar info, Sofia dan Zaiza telah bernikah pada Januari 2016 namun bercerai pada 14 Jun lalu.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ustazah asma harun
7 months ago

"Islam Sangat Meninggikan Maruah Dan Sifat Malu" - Ustazah Asma' Harun Kesal Lihat Orang Islam Sertai 'Speed Dating'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...