Anak Yuni Shara Hanya Benarkan Ibunya Tamatkan Hidup Janda Dengan Lelaki Lebih Tua

Hiburan

Anak Yuni Shara Hanya Benarkan Ibunya Tamatkan Hidup Janda Dengan Lelaki Lebih Tua

Walaupun masih memiliki wajah cantik awet muda, penyanyi Yuni Shara masih memilih untuk kekal hidup tanpa pasangan selepas 13 tahun bercerai dengan Henry Siahaan.

Baca: “Saya Dah Fikir Masak-Masak” – Bekas PA Mahu Hantar Rombongan Meminang Datuk Seri Vida

Advertisement

Yuni yang sudah 2 kali gagal dalam rumahtangga itu bagaimanapun mengakui telah mendapat izin anak-anak untuk kahwin lagi tapi dengan satu syarat.

Dia ada kata ‘ibu sudah tua, jadi perlu cari pasangan yang lebih tua lagi. Dia tidak kisah kalau saya mahu berumahtangga cuma tak boleh cari yang muda.

Kata-kata itu telah diberikan anak pertamanya Calvin yang tidak mahu melihat ibunya yang kini berusia 49 tahun disatukan dengan lelaki lebih muda.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WahyuSetyaningBudi? (@yunishara36)

Difahamkan, anak-anak Yuni ingin melihat ibunya bersama suami disisi memandangkan mereka akan melanjutkan pelajaran tak lama lagi dan ibunya akan tinggal di rumah sendirian.

Calvin kata kalau dia sambung pengajiannya, saya akan tinggal seorang tanpa teman.

Yuni kini hidup bersama dua orang anaknya Calvin Obrient Salomo Siahaan dan Cello Obient Siahaan hasil perkahwinan bersama suami kedua yang bertahan 6 tahun. Suami pertama Yuni adalah Raymond Manthey.

Yuni yang juga adik kepada penyanyi Krisdayanti bagaimanapun pernah bercinta selama 4 tahun bersama Raffi Ahmad namun tidak direstu mama Amy.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...