May 27th, 2019

Tiba sahaja bulan Ramadhan, ramai orang terutama sekali golongan kenamaan akan berebut- rebut untuk meraikan anak- anak yatim dalam majlis berbuka puasa. Namun, timbul persoalan serta perbincangan adakah benar mereka diraikan?

Isu ini turut mendapat perhatian penyanyi popular Sufian Suhaimi, katanya apa sebenarnya nilai anak- anak yatim dalam majlis seperti itu dimana mereka hadir lebih awal tetapi VIP tiba lewat. Seakan anak yatim pula meraikan golongan tersebut.

Makanan yang dihidang juga jurangnya jauh berbeza. VIP duduk selesa di meja barisan hadapan, lauk sedia terhidang tetapi anak-anak yatim diletakkan di meja belakang dan perlu beratur untuk mengambil makanan.

Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat penyanyi itu. Sepatutnya kehadiran anak-anak yatim perlu disambut. Layanan istimewa harus diberikan kepada mereka dan bukannya VIP.

Bukan ingin mengkritik mana-mana pihak, tetapi sejujurnya inilah realiti yang berlaku. Harapnya apa yang disuarakan oleh Sufian ini membuka mata orang ramai di luar sana tentang maksud sebenar meraikan anak-anak yatim.


18 responses to “Anak Yatim Datang Pukul 4, Vip Pukul 6, Siapa Raikan Siapa? – Sufian Suhaimi”

  1. Donat says:

    Ala,apa nk di herankn tiap2 thn timbul isu mcmni.xtau la bila akn berubah…

  2. Anonymous says:

    Artis pn ape kurang nye…klu buat majlis berbuka puasa dgn anak2 yatim artis je y show off terlebih…dpn kamera pijak semut x mati hakikatnya….sombong….ko xyah laa pian nk jaja slh vip ke vvip ke…artis dgn vip sme je perangai…diva n sombong…

    • Anonymous says:

      Artis ikut bgambar ramai ja dengan anak yatim tapi disbaliknya, anak yatim makan berlainan temoat dengan artis. Acah2 suci artis ni puii

  3. Anonymous says:

    Siapa ah vip tu..kurang ajar

  4. Anonymous says:

    tiap2 tahun isu ni terjadi… dan masih juga pihak rumah anak yatim terima keadan seadanya.. sbb nak bagi anak2 yatim ni merasa makan luar…
    vvip nih sah2 muka tempayan… xtau malu.. thn depan buat lagi.. netizen pun satu kalo nmpk vvip post gmbr dgn anak yatim ni jgn laa sakan sakai nak likes… there is behind story !!!

    • Anonymous says:

      kalau x buat mcm tu nnti catering x dpt order..
      tpi sebnarnya boleh je suruh catering tu, utk saya (datuk dn kawan2 tak perlu meja2 vvip, joint sekali dgn ank2 yatim tu..lihat anak yatim tu sambil makan…

  5. Anonymous says:

    5 meja bulat..1 vvip melayan..baru betoi.
    ini tak, 1 meja 5 penuh dgn org vvip tu..makanan lak penuhnya, tak payah berdiri nk ambil mcm anak yatim tu.

Loading...