Tiba sahaja bulan Ramadhan, ramai orang terutama sekali golongan kenamaan akan berebut- rebut untuk meraikan anak- anak yatim dalam majlis berbuka puasa. Namun, timbul persoalan serta perbincangan adakah benar mereka diraikan?
Isu ini turut mendapat perhatian penyanyi popular Sufian Suhaimi, katanya apa sebenarnya nilai anak- anak yatim dalam majlis seperti itu dimana mereka hadir lebih awal tetapi VIP tiba lewat. Seakan anak yatim pula meraikan golongan tersebut.
Makanan yang dihidang juga jurangnya jauh berbeza. VIP duduk selesa di meja barisan hadapan, lauk sedia terhidang tetapi anak-anak yatim diletakkan di meja belakang dan perlu beratur untuk mengambil makanan.
Rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat penyanyi itu. Sepatutnya kehadiran anak-anak yatim perlu disambut. Layanan istimewa harus diberikan kepada mereka dan bukannya VIP.
Bukan ingin mengkritik mana-mana pihak, tetapi sejujurnya inilah realiti yang berlaku. Harapnya apa yang disuarakan oleh Sufian ini membuka mata orang ramai di luar sana tentang maksud sebenar meraikan anak-anak yatim.

Lina
May 28, 2019 at 3:46 pm
‘Sekolah’kan organiser dengan memuliakan anak yatim dahulu terutama pada bulan ramadhan.
Anonymous
May 28, 2019 at 3:45 pm
‘Sekolah’kan organiser dengan memuliakan anak yatim dahulu terutama pada bulan ramadhan.
Get real
May 28, 2019 at 1:52 pm
Takpa la. Akhirat nnt pada anak2 yatim yg beriman dan ada taqwa akan masuk syurga dan jadi Vvip pula. Para artis dan vvip blum tentu lg dapat cium bau syurga klu x sempat taubat
retis BBIP
May 28, 2019 at 1:38 pm
artis & VVIP sama je..bkn nak rai sgt pn…semua sbb bisnes & publisti. tgk arwah pak Yus raja lawak dulu selalu tlg anak yatim tp x pernah heboh / update status sana sini, bila meninggal baru kita tau amal jariah Pak Yus…
korg ni plak dah melampau.. sembang rai anak yatim tapi korg anggap ank2 yatim mcm crew kartering plak yg kena layan korg (VVIP / ARTIS) kn…
Anonymous
May 28, 2019 at 11:29 am
Tu tak termasuk anak-anak yatim kebulur nk kene tggu sampai VVIP habis ucapan..baru boleh makan!