Anak Umur 9 Tahun Maut Didera, Ibu Dan Teman Lelaki Ditahan Polis

Berita

Anak Umur 9 Tahun Maut Didera, Ibu Dan Teman Lelaki Ditahan Polis

Memetik Kosmo Online, seorang wanita bergelar ibu dan teman lelakinya telah ditahan polis susulan kematian seorang kanak-kanak berumur 9 tahun dipercayai anak kepada wanita itu yang ditemui mati mengejut.

Kejadian yang berlaku di Taman Panglima, Assam Kumbang itu turut disahkan Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid di mana pihak mereka telah menerima panggilan di talian kecemasan sekitar jam 11 pagi bagi memaklumkan mengenai tragedi itu.

Advertisement

Pihak polis dan ambulans telah bergegas ke lokasi termasuk pihak forensik D10 Perak bagi menjalankan siasatan. Hasil siasatan awal mendapat ada unsur penderaan ke atas kanak-kanak itu.

Difahamkan, kanak-kanak malang itu merupakan anak kedua daripada lima orang adik beradik.

Ibu si mati berusia 36 tahun tinggal bersama dengan teman lelakinya di lokasi kejadian. Dia mengalami masalah rumah tangga dan sedang dalam proses perceraian dengan suaminya.

Menurut Razlam lagi, kanak-kanak itu dipercayai telah didera sejak bulan Mac tahun ini.

Ekoran daripada kejadian itu, ibu mangsa dan teman lelakinya telah ditahan bagi membantu siasatan dan mayat kanak-kanak terbabit telah di dibawa ke bahagian Forensik Hospital Taiping untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Siti Kasim
1 year ago

"Tuhan Masih Sayangkan Saya" - Siti Kasim Hadapi Ancaman Bom Oleh Individu Tidak Dikenali

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...