Anak tiri penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Asyraf Khalid menerusi sesi podcast mengakui bahawa bapanya membuat pilihan yang tepat untuk mengahwininya.
Siti berkorban jiwa dan raga
Usahawan itu turut memuji bagaimana Siti menjaga suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa selepas ditimpa kemalangan di New Zealand kira-kira 12 tahun yang lalu.
Katanya, ketika itulah mereka nampak keikhlasan Siti atau dipanggil Mak Iti dan sedar bahawa bapa mereka wanita yang tepat.
Saya rasa waktu ayah sakit jugalah kami adik beradik sedar memang ayah pilih wanita yang tepat. Mak Iti berkorban jiwa dan raga. Masa itu ayah punya emosi pun tak stabil. Setiap masa marah, ada saja yang tak kena.
Imbau kembali momen terima panggilan
Siti yang menjadi tetamu jemputan pada episod podcast itu turut berkongsi detik ketika dia mendapat panggilan dan dimaklumkan tentang perkhabaran duka terbabit.
Kata Siti, pada waktu itu dia sedang mengadakan konsert jelajah di Indonesia dan ketika berada di dalam pesawat kakak Datuk K cuba menghubungi berkali-kali namun telefonnya mempunyai masalah.
Waktu itu saya sudah pun naik pesawat, pintu pun dah nak tutup bersedia untuk berlepas. Kemudian Kak Zie (kakak ipar) perasan ada banyak panggilan. Kak Ton (kakak Datuk K) menangis beritahu ayah kemalangan.
Terkejut dengan berita itu, Siti bersyukur kerana penganjur yang berada di dalam pesawat yang sama memahami situasinya dan bersetuju untuk membatalkan konsert terbabit.
Bagaimanapun, Siti berdepan ujian untuk menaiki kapal terbang ke New Zealand memandangkan ketika itu musim cuti Krismas jadi tiada penerbangan terus ke negara itu.
Sebaliknya, dia terpaksa mengambil beberapa penerbangan transit dan selepas 24 jam barulah dia sampai ke pangkuan suami di hospital.
Rehat dari dunia seni
Melihat keadaan Datuk K, Siti membuat keputusan untuk berehat daripada dunia seni seketika kerana mahu menjaga dan memberikan perhatian sepenuhnya dalam proses penyembuhan suaminya.
Saya bawa pulang suami ke Malaysia dan menjaganya di sini. Mula-mula saya fikir mesti nak kena ambil jururawat. Tapi sepanjang jaga suami di hospital saya rasa boleh, jadi tak perlulah ambil jururawat.
View this post on Instagram
Datuk K terlibat dalam kemalangan motosikal di Queenstown, New Zealand ketika bercuti bersama seorang rakannya pada Disember 2012. Akibat kemalangan itu, dia mengalami beberapa kecederaan iaitu patah bahu dan cedera di bahagian tangan dan kaki.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.