Anak Terpalit Kes Dadah, Shah Rukh Khan Didakwa Bagi Rasuah 13 Juta Supaya Dilepaskan?

Dunia

Anak Terpalit Kes Dadah, Shah Rukh Khan Didakwa Bagi Rasuah 13 Juta Supaya Dilepaskan?

Baru-baru ini, nama pelakon legend di Bollywood, Shah Rukh Khan menjadi bualan peminat di India selepas didakwa memberi rasuah kepada pegawai Biro Kawalan Narkotik (NCB) supaya mengugurkan kes dadah melibatkan anak lelaki, Aryan Khan.

Melalui portal Murai MY, SRK didakwa menawarkan sejumlah wang 250 juta rupee (13 juta) kepada pegawai bernama Sameer Wankhede.

Advertisement

Perbualan SRK bersama Sameer di aplikasi WhatsApp mula tersebar di media sosial dan susulan itu, ia menjadi perhatian warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aryan Khan (@___aryan___)

Difahamkan, SRK menghantar mesej yang panjang sambil merayu agar anak lelakinya digugurkan daripada siasatan mengambil dadah sewaktu di atas kapal pelayaran pada Oktober 2021.

Setelah pendedahan tersebut diketahui ramai, sesetengah netizen merasakan dakwaan tersebut adalah benar kerana melihat daripada gaya hidup mewah Sameer selain kerap bercuti ke luar negara hasil dari duit rasuah yang diberi oleh SRK.

shah rukh khan rasuah

Sekadar info, Aryan Khan ditanah bersama tujuh rakannya yang lain dan dua orang wanita di sebuah kapal pelayaran di pantai Mumbai pada Oktober 2021 atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Namun, setelah 28 hari ditahan, hasil siasatan mendapati anak Shah Rukh Khan tidak bersalah dan dilepaskan.

Shah Rukh Khan dan Aryan Khan
2 years ago

Tiada Bukti Anak Positif Dadah, Shah Rukh Khan Bakal Saman Biro Kawalan Narkotik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai MY

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...