Anak Terjatuh Eskalator Kerana ‘Bapa Panik Tangan Anak Tersekat Pada Getah Pemegang Eskalator’

Trending

Anak Terjatuh Eskalator Kerana ‘Bapa Panik Tangan Anak Tersekat Pada Getah Pemegang Eskalator’

Semalam, viral di media sosial satu video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dari tingkat satu satu kompleks membeli-belah di Pulau Pinang. Kanak-kanak itu yang berada dalam keadaan kritikal kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang dalam zon merah.


 photo jatuhan.jpg
Kanak-kanak itu dikatakan mengalami pendarahan dalam kepala dan retak tempurung kepala.

Advertisement


Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang, dan bapa kanak-kanak itu menjulangnya di bahu ketika menaiki sebuah eskalator. Tidak lama kemudian, kanak-kanak itu didapati jatuh ke lantai dari tingkat satu bersebelahan eskalator disertai bunyi dentuman yang kuat.

Kanak-kanak itu dilihat mengangkat kepala seketika sebelum rebah semula.

Orang ramai dilihat terkejut melihat kejadian itu dan salah seorang dari mereka telah mengangkat kanak-kanak itu ke tepi eskalator.


 photo 1.jpg
 photo 2_1.jpg
 photo 3_1.jpg
Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, bapa mangsa mendakwa kanak-kanak berkenaan terlepas dari julangan kerana bapanya tunduk tiba-tiba aakibat panik kerana ketika menaiki eskalator tersebut:

Bapa mangsa panik kerana mendapati tangan anaknya itu tersepit di celah getah pemegang eskalator berkenaan dan ketika tunduk, anaknya jatuh ke paras bawah dari tingkat satu.

Ujarnya juga kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Sementara itu, Netizen mengecam keputusan dan tindakan yang dibuat oleh bapa tersebut yang disifatkan cuai.


 photo Screen Shot 2016-10-18 at 9.43.09 AM.png
Namun ada juga yang  menyifatkan ia takdir, tidak disengajakan dan meminta Netizen tidak menuding jari.


 photo Screen Shot 2016-10-18 at 9.43.33 AM.png
 

Apa pun, Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan) memperuntukkan hukuman denda sehingga RM 50,000 dan 20 tahun penjara buat individu yang didapati bersalah mendera, mengabaikan dan menganiaya kanak-kanak.-amazingnara.com

Sumber: Utusan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...