Semalam, viral di media sosial satu video menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan terjatuh dari tingkat satu satu kompleks membeli-belah di Pulau Pinang. Kanak-kanak itu yang berada dalam keadaan kritikal kini dirawat di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang dalam zon merah.
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang, dan bapa kanak-kanak itu menjulangnya di bahu ketika menaiki sebuah eskalator. Tidak lama kemudian, kanak-kanak itu didapati jatuh ke lantai dari tingkat satu bersebelahan eskalator disertai bunyi dentuman yang kuat.
Kanak-kanak itu dilihat mengangkat kepala seketika sebelum rebah semula.
Orang ramai dilihat terkejut melihat kejadian itu dan salah seorang dari mereka telah mengangkat kanak-kanak itu ke tepi eskalator.
Bapa mangsa panik kerana mendapati tangan anaknya itu tersepit di celah getah pemegang eskalator berkenaan dan ketika tunduk, anaknya jatuh ke paras bawah dari tingkat satu.
Ujarnya juga kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.
Sementara itu, Netizen mengecam keputusan dan tindakan yang dibuat oleh bapa tersebut yang disifatkan cuai.
Apa pun, Seksyen 31 Akta Kanak-kanak 2001 (Pindaan) memperuntukkan hukuman denda sehingga RM 50,000 dan 20 tahun penjara buat individu yang didapati bersalah mendera, mengabaikan dan menganiaya kanak-kanak.-amazingnara.com
Sumber: Utusan