Perkongsian Rita Rudaini tentang pencapaian dan kejayaan dua anak lelakinya sering mencuri perhatian kerana ia memberi bukti betapa hebatnya aktres tersebut membesarkan mereka seorang diri.
Menerusi hantaran terbaru aktres berusia 49 tahun itu, Rita berkongsi tentang kejayaan anak sulungnya, Airit Rayyan yang menerima Anugerah Perak Kokurikulum MRSM baru-baru ini.
Rayyan bukan sahaja berdisiplin dan fokus di dalam bilik darjah tetapi juga sentiasa memberikan yang terbaik ketika di atas padang.
Keseimbangan adalah kemenangan yang sebenar.
Perkongsian Rita meraih perhatian netizen di media sosial di mana rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada Rayyan dan juga kepada Rita atas usahanya membesarkan anak-anaknya.
Netizen juga berpendapat kejayaan anak-anak Rita ini menjadi bukti bahawa aktres tersebut wajar untuk dijadikan tokoh ibu tunggal.
Tahniah Mama. Kejayaan Airit Rayyan pastinya hasil didikan yang baik dari seorang mamanya.
View on Threads