“Anak Tembam Dan Montel Nampak Comel, Tapi Ia Boleh Mengundang Obesiti” – Doktor

Trending

“Anak Tembam Dan Montel Nampak Comel, Tapi Ia Boleh Mengundang Obesiti” – Doktor

Ramai ibu bapa suka bila anak-anak mereka montel ataupun tembam. Tetapi tahukah anda bahawa keadaan itu sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan mereka?

Advertisement

Comel di mata kita, tetapi lambat laun ‘kecomelan’ itu bakal memakan diri mereka dan ibu bapa juga yang akan susah hati apabila anak terkena penyakit yang sepatutnya boleh dielakkan.

Menurut Doktor Zubaidi Hj Ahmad, ramai ibu bapa menganggap anak yang montel atau tembam itu kelihatan comel dan sihat.

“Saya sering ditanya bagaimana mahu ‘menggemukkan’ anak mereka walaupun berat badan mereka masih dalam lingkungan yang seiringan dengan usia.

“Tetapi ramai yang tidak sedar bahawa ia boleh mengundang obesiti di kalangan kanak-kanak sehingga meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik di awal usia kedewasaan mereka,” katanya.

Jelas Doktor Zubaidi, beliau banyak mendapat kes dari kalangan pesakit berusia 20’an yang mengalami diabetis dan tekanan darah tinggi.

“Ini kerana kebanyakan kanak-kanak yang obes akan terus kekal obes apabila mereka dewasa.

“Baru-baru ini, ada seorang remaja berusia 19 tahun amalkan minuman air berkarbonat setiap hari. Bila kerap kencing di waktu malam, saya melakukan ujian gula dalam darah secara rambang dan bacaannya 18. Bila disuruh berpuasa esoknya, keputusannya masih lagi 14.

“Jadi, bagi anak yang terlalu obese, kurangkan pengambilan air manis dan makanan ringan yang kebanyakannya penuh dengan gula, MSG dan garam. Sayangilah anak kita kerana mereka tidak pandai memilih,” katanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...