Anak Tegur Beego Kongsi Video Lama Tidak Menutup Aurat – “Saya Tak Pakai Tudung, Kenapa Daddy Expose Sekarang?”

Hiburan

Anak Tegur Beego Kongsi Video Lama Tidak Menutup Aurat – “Saya Tak Pakai Tudung, Kenapa Daddy Expose Sekarang?”

Pelakon Beego telah berkongsi video di akaun TikTok memaparkan dia meluangkan masa bersama anak-anaknya di sebuah pusat membeli belah.

Tindakan berkongsi video berkenaan dipercayai untuk membalas kenyataan isterinya, Linda Hashim sebelum ini mengatakan anak merek trauma.

Advertisement

Anak anak happy je keluar dengan daddy. Takde pun trauma.

@beego1980 @mstarmalaysia @beautifulnara @beritaharian ♬ original sound – beego1980

Bagaimanapun, rata-rata netizen meninggalkan komen dan berpendapat aktor tersebut seperti ‘try hard’ untuk membuktikan hubungannya dengan anak-anak dalam keadaan baik.

Malah, segelintir individu dapat meneka bahawa video berkenaan merupakan footage lama dan bukanlah dirakam baru-baru ini.

Anak tegur upload video tak tutup aurat

Tekaan netizen memang benar apabila anak Beego sendiri, Jelita meninggalkan komen dan mempersoal tindakan bapanya berkongsi video lama ketika dia belum bertudung.

Isshhh daddy! Jelita tak pakai tudung la tapi kenapa daddy expose sekarang. Tu kan video dulu.

Beego kemudian meminta maaf dan dan berkata video tersebut dikira baru kerana Jelita baru sahaja membuat keputusan memakai tudung.

komen video Beego

Dalam pada itu, ada yang berpendapat trauma dialami anak-anak akibat konflik rumah tangga ibu bapa tidak dapat dilihat secara luaran.

Sebaliknya, mereka mungkin memendam rasa dan akan mengalami kesan mental pada jangka masa panjang.

Linda Hashim
2025-08-19 15:05:24

"Saya Warning, Jangan Ganggu Hidup Saya.." - Tak Balik Rumah 9 Bulan, Linda Hashim Dakwa Dipukul Beego

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...