Melalui laporan Kosmo, baru-baru ini, seorang ibu telah ditampar oleh anaknya sendiri di khalayak ramai di hadapan kedai runcit hanya disebabkan RM1.
Anak tampar ibu disebabkan RM1
Difahamkan, wanita lingkungan usia 60 tahun itu hanya mahu meminjam RM1 sahaja daripada anaknya kerana mahu membayar kos yang dibeli di kaunter kedai runcit tersebut.
Menurut pemilik kedai, anak warga emas terbabit secara tiba-tiba melenting dengan menyatakan dirinya bukan ‘bank’ kepada si ibu.
Tiba-tiba dengan nada kasar anaknya kata ‘kau ingat aku bank? Aku teman kau ke sini pun dah cukup bagus’, kemudian terus ditamparnya pipi mak cik itu.
Pemilik kedai kesian, belanja warga emas yang ditampar
Sewaktu kejadian tersebut berlaku, ramai pelanggan lain yang turut ada di dalam kedai runcit itu berasa terkejut dengan kelakuan biadap anak wanita tersebut.
Saya terus belanja mak cik itu, katanya ambil lah mana perlu. Tolonglah jangan biadab dengan mak anda atau sesiapa sahaja. Belajar cara hormat orang tua, belajar jadi manusia ada hati.