Anak Tak Vaksin Jatuh Sakit, Ibu Bapa Akan Didakwa Cuai Bawah Akta Kanak-kanak Di Perak

Trending

Anak Tak Vaksin Jatuh Sakit, Ibu Bapa Akan Didakwa Cuai Bawah Akta Kanak-kanak Di Perak

Jabatan Kesihatan Perak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas ibu bapa jika anak mereka yang tidak divaksin terjangkit penyakit berjangkit yang sepatutnya boleh dicegah.

cuaivaksinPengarahnya, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata keputusan ini akan dilaksanakan setelah beberapa orang kanak-kanak meninggal dunia akibat difteria, termasuk peningkatan pada kes penyakit pertusis, campak dan beberapa penyakit lain yang boleh dicegah.

Advertisement


Dr. Juita berkata jika seorang kanak-kanak dimasukkan ke hospital setelah terjangkit penyakit yang boleh berjangkit–yang sepatutnya boleh dicegah sekiranya kanak-kanak tersebut divaksin seperti anjuran imunisasi berjadual kerajaan–ibu bapanya akan dipertanggungjawabkan. Katanya pada satu sidang akhbar selepas forum awam tentang imunisasi di Mydin Meru Raya:

Perak akan menjadi negeri pertama yang mengamalkan pendirian ini, dan kami berharap badan kesihatan negeri yang lain akan mempertimbangkan tindakan yang sama.

Ini ialah salah satu cara untuk melindungi kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak.

Setelah melalui semua prosedur yang diperlukan di bawah akta tersebut, kes akan dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk tindakan lanjut.

Ketua dan konsultan kanan pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Datuk Dr Amar Singh berkata, Jabatan Kesihatan Perak akan mengesyorkan ibu bapa tersebut didakwa atas kesalahan cuai di bawah Akta Kanak-kanak.

Dr Juita menambah terdapat beberapa kes di Perak di mana jururawat klinik kesihatan kerajaan dilarang dari memasuki rumah yang terdapat bayi baru lahir.

Ibu-ibu bayi tersebut pula menolak untuk datang ke klinik kerajaan bagi memvaksinkan anak mereka.

Dia berkata yang ibu-ibu ini curiga dengan kandungan vaksin, dan dalam kes tersebut Jabatan bekerjasama dengan pihak berkuasa agama Islam untuk memberikan kaunseling.

Dia berkata yang 12 program imunisasi di bawah kerajaan menggunakan vaksin yang diambil dari sumber halal.

Dia menambah bahawa di Perak, terdapat 246 kes ibu bapa menolak untuk memvaksin anak dari Januari hingga Jun tahun ini, dua kali ganda berbanding tempoh yang sama tahun lepas.-amazingnara.com

Sumber: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...