Ramai menyangka tugas sebagai suri rumah mudah dan santai, tapi hakikatnya cukup mencabar sehingga boleh menjejaskan kesihatan fizikal dan mental.
Baru-baru ini, luahan pilu seorang wanita tular di platform X apabila dia mengaku mencampurkan ubat batuk ke dalam susu anaknya yang berusia setahun enam bulan gara-gara terlalu penat dan tidak cukup tidur.
Aku campur susu anak aku dengan ubat batuk. Anak aku setahun enam bulan. Aku penat sangat hari ini…
Menurut wanita itu, anaknya sukar tidur malam dan hanya lena sekejap-sekejap, menyebabkan dirinya tidak mendapat rehat yang cukup. Katanya lagi, dia sudah mula mengalami lingkaran hitam bawah mata akibat keletihan melampau.
Aku menangis masa letak ubat tu… aku tahu anak aku tak bersalah.
Luahan itu mendapat perhatian ramai warganet yang menyatakan rasa simpati dan menasihatinya agar dapatkan bantuan pakar sebelum kesihatan anak terjejas. Ada juga yang mencadangkan agar wanita itu mendapatkan sokongan keluarga untuk berehat dan pulihkan semula kesihatan mental dan fizikalnya.
Tindakan berisiko seperti ini seharusnya jadi wake-up call kepada masyarakat tentang pentingnya sokongan terhadap ibu yang menjaga anak sepenuh masa kerana “mom burnout” itu benar.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.