Anak Tak Sengaja Hilangkan Kasut, Ibu Paksa Jalan ‘Berkaki Ayam’ Atas Jalan Tar Panas

Dunia

Anak Tak Sengaja Hilangkan Kasut, Ibu Paksa Jalan ‘Berkaki Ayam’ Atas Jalan Tar Panas

Di Taiwan, baru-baru ini, tular satu kejadiaan yang melibatkan seorang ibu yang memaksa anak perempuannya berjalan ‘kaki ayam’ di atas jalan tar yang panas sebagai pengajaran.

Ibu kejam terhadap anak perempuan

Susulan kejadian tersebut tular di platform media sosial, ia telah mendatangkan rasa marah di kalangan orang ramai dan kini menjadi kes polis.

Advertisement

Difahamkan, seorang individu yang melihat kejadian itu berlaku memberitahu kanak-kanak perempuan yang berusia likungan empat atau lima tahun tersebut menangis kesakitan kerana perlu ‘berkaki ayam’ di atas jalan tar yang panas.

ibu paksa anak jalan kaki atas jalan tar panas

Malah kelihatan kanak-kanak itu terlompat-lompat dan menjerit ‘jalan ini terlalu panas’ tetapi si ibu tetap menarik anaknya untuk terus berjalan.

Anak hilangkan kasut

Biarpun anak sudah dalam kesakitan, si ibu tetap menolak pertolongan individu yang mahu membelikan kanak-kanak itu kasut kerana mahu jadikan pengajaran buat si anak yang sudah hilangkan kasut dan wanita itu tidak mempunyai wang untuk ganti kasut yang baru.

ibu paksa anak jalan kaki atas jalan tar panas

Selepas 20 minit mengikuti wanita dan anak perempuannya itu, individu yang risau dengan kejadian tersebut membuat panggilan polis.

Apabila pihak polis tiba di lokasi rumah anak-beranak itu, si ibu enggan membuka pintu dan kekal di dalam rumah.

bayi maut dibunuh bapa
8 months ago

"Meninggal Akibat Kecederaan Di Kepala" - Bayi Enam Bulan Maut Dibun*h Bapa Dipercayai Penagih Dadah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...