Seorang asatizah di TikTok tampil menegur kenyataan yang dikeluarkan pakar lasik terkenal, Prof Muhaya Mohamad berkenaan isu anak tidak ‘menjadi’ kerana dosa-dosa ibu bapa yang tidak diampunkan Allah S.W.T.
Ustazah Maznah dalam hantaran itu memberi contoh kisah-kisah nabi sebagai rujukan bahawa sikap anak-anak yang derhaka dan tidak ‘menjadi’ bukanlah disebabkan dosa ibu-bapa yang terdahulu.
Sebelum ini, Prof Muhaya yang turut terkenal dengan ceramah-ceramah berkaitan isu kekeluargaan ada memberi kenyataan berkenaan peranan ibu bapa yang sangat besar dalam perkembangan hidup anak-anak.
Setiap apa yang kita lakukan baik atau buruk pasti ada balasannya. Setiap ibu bapa perlu sedar apabila anak mereka tidak berjaya dalam hidup pasti ada kesilapan yang telah dilakukan suatu ketika dahulu terutama masa muda.
Menurut ustazah Maznah, dugaan ibu bapa adalah melalui anak-anak sama ada ia ujian dalam membesarkan zuriat masing-masing datang dalam pelbagai cara.
Menjengah ke ruangan komen, terdapat pelbagai respon daripada netizen berkenaan isu tersebut.
Bagi sesetengah warga maya, Prof Muhaya sering menyampaikan ceramah berbaur ‘toxic positivity’ dan bukan dalam bidangnya.
Difahamkan, kenyataan Prof Muhaya itu dikeluarkan pada tahun 2018 dan menjadi tular kembali setelah ia menjadi topik perbincangan netizen di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.