Anak Tak Kenang Budi, Sanggup Buang Ibu Sendiri Dekat Kedai

Kehidupan

Anak Tak Kenang Budi, Sanggup Buang Ibu Sendiri Dekat Kedai

Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Ternyata perkara sebegini memang benar-benar berlaku dalam kehidupan masyarakat kita hari ini. Buktinya di depan mata, banyak kes anak-anak yang membuang ibu bapa mereka untuk melepaskan diri dari melakukan tanggungjawab menjaga mereka.

Jika dahulu, ibu bapa korbankan segalanya untuk anak-anak tapi apa yang mereka dapat cukup menyakitkan. Begitulah kisah seorang ibu yang sudah tua ditinggalkan oleh anak perempuanya.


Mengikut kisah mak cik ini, anaknya telah meninggalkan beliau di sebuah kedai runcit di Taman Sungai Kob untuk membeli barang.

Advertisement

Mak cik yang berusia 80 tahun ini memberitahu semasa turun membeli barang, anaknya membawa sekali beg pakaian sebelum meninggalkan ibunya dengan alasan pergi membasuh kereta.

Tinggalkan ibunya di kedai

Selepas beberapa jam menunggu, kelibat anaknya masih tak muncul. Beberapa orang yang melihat mak cik ini bertanyakan tempat tinggalnya.

Beliau memberitahu menetap di Pantai Prai, manakala anak perempuannya itu pula tinggal di Pulau Pinang. Lalu orang sekeliling membawa mak cik tersebut ke balai polis berhampiran kerana sudah berjam-jam dia menunggu anaknya di situ.
orang ramai tanya tempat tinggal mak cik ini

Lebih menyedihkan apabila wanita ini memberitahu bahawa beliau hanya bergantung kepada duit dari Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan. Manakala kad pengenalannya dipegang oleh anak perempuannya itu.

Pihak polis berjaya menghubungi si anak, tetapi anaknya sudah tidak mahu menjaga ibu mereka lagi.

“Saya dah tak nak jaga dia dah.”

Pihak polis terpaksa menyerahkan kes ini kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas mendengar jawapan dari anaknya.
mak cik dibawa ke balai polis

Selepas kejadian ini, tidak pasti apa yang telah berlaku. Menurut Lobak Merah mak cik ini sudah pulang ke rumah anak perempuannya semula.

Admin tak tahulah nak kata apa, sanggup seorang anak melepaskan tanggungjawab menjaga ibu sendiri.

 

Sumber: Facebook, Lobak Merah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...