Anak Sulung Tak Sebulan Lagi Dah Hamil Anak Kedua, Netizen Persoal Bersama Masa Nifas Belum Habis?

Kehidupan

Anak Sulung Tak Sebulan Lagi Dah Hamil Anak Kedua, Netizen Persoal Bersama Masa Nifas Belum Habis?

Banyak kebaikkan yang boleh diperolehi dengan adanya perancangan keluarga dan ia bukanlah bermaksud untuk menidakkan rezeki Allah S.W.T beri kepada kita tetapi ia memudahkan pasangan untuk memberi perhatian kepada setiap anak mereka.

Bagaimanapun, masih ada juga yang tidak mengambil endah perkara itu. Seperti yang di muat naik oleh seorang wanita di TikTok ini apabila memberitahu dia baru saja melahirkan anak kedua biarpun anak pertama masih berumur 10 bulan.

Advertisement

Perkongsiaanya itu telah membuat ramai berasa terkejut apabila mendapati jarak umur anak pertama dan kedua yang sangat dekat.

Dalam perkongsiaan video yang lain, si ibu ada meluahkan rasa bersalah apabila melihat anak pertama seolah-olah kurang kasih sayang sedangkan masih kecil kerana si ibu terpaksa memberi perhatian lebih kepada anak kedua.

Meninjau di ruangan komen hantaran terbabit, rata-rata netizen seperti sukar untuk menerima perkongsiaan yang dikongsi oleh wanita berkenaan.

TikTok komen

Dalam pada masa yang sama, ramai yang mempersoalkan tindakan wanita itu bersama dengan suami biarpun tempoh nifasnya belum habis kerana jika diikut-ikutkan, wanita itu mengetahui dirinya hamil anak kedua semasa anak pertama masih berumur kurang dari sebulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

3 years ago

"Kakak Tak Perasan..."- Bayi Setahun 4 Bulan Maut Digilis Bas Lepas Ikut Kakak Keluar Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...