Anak pelakon Edika Yusof bersetuju bahawa perceraian adalah jalan yang terbaik buat ibu dan ayahnya kerana akan mengurangkan tekanan yang ditanggung kedua-dua orang tuanya itu.
Fardeen Nasrulhaq, 21, juga berkata dia sudah biasa menjaga ibunya sejak dari kecil dan tidak melihat ia satu beban untuk berbuat sedemikian sekiranya ibu bapa bercerai.
Selagi saya masih hidup saya boleh jaga. Takde apa yang boleh saya cakap tapi saya rasa jalan ni yang terbaik untuk ibu dan ayah saya.
Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan menetapkan 5 Mei sebagai tarikh sebutan semula kes permohonan cerai yang difailkan Nor Hidayah.
Edika Yusof dan Nor Hidayah mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak, Fardeen Nasrulhaq dan Fereena Nurulhaq.
Hidayah juga mempunyai seorang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Naziril Afiq berusia 27 tahun.