Luahan seorang pendengar radio Zayan FM menerusi satu panggilan baru-baru ini mengejutkan dan pada masa sama meruntun hati ramai yang mendengar.
Wanita tersebut berkongsi kisah traumatik dan menyedihkan membabitkan hidupnya bersama suami dan dua anak.
Dapat tahu suami pedofilia, pernah ‘usik’ anak sulung
Menerusi perkongsian Zayan FM, wanita tersebut menceritakan tentang kehidupannya yang berubah sejak beberapa tahun lepas.
Kata wanita bernama Nur itu, dia disahkan hamil anak ketiga pada penghujung 2021 dan alangkah terkejutnya apabila ketika itu dia mendapat tahu bahawa suaminya seorang pedofilia.
Semuanya terbongkar selepas anak sulungnya membuka mulut dan menceritakan tentang insiden trauma dialaminya membabitkan si ayah.
Anak pertama saya perempuan bagi tahu sesuatu perkara yang mengejutkan saya yang mana saya dapat tahu suami saya seorang pedofilia.”
Bukan itu sahaja, disebabkan suaminya pedofilia wanita itu mengambil keputusan untuk menggugurkan kandungannya yang ketika itu berusia dua minggu.
Lebih menyedihkan apabila wanita itu luah rasa takut jika anak ketiga yang bakal dilahirkan melalui trauma yang sama seperti si kakak.
Saya ambil keputusan untuk tak mahu ada anak lagi. Sebab saya takut, anak itu akan lalui apa yang kakak dia lalui.”
Masih bersama suami
Bagaimanapun, apa yang lebih mengejutkan penyampai radio dan juga ramai netizen apabila Nur mendedahkan bahawa dia kini masih bersama suaminya.
Dalam pada itu, Nur akui sudah berbincang dengan ahli keluarga berkenaan perkara membabitkan suaminya.
Bila berlaku perkara itu saya berbincang dengan keluarga. Sebab suami saya bukan seorang yang jahat. Dia tak pernah abaikan nafkah atau tanggungjawab.
@zayan.my Allahuakbar.. Luluh hati apabila mendengarkan penderiataan Nur yang terpaksa gugurkan anak kerana berhadapan suami yang Pedofilia dan pernah melakukan perkara yang tidak baik pada anak sulungnya. #ZAYANshare #SembangDeep #FynnJamal #Suami #Anak #Isteri #Rumahtangga #fypシ゚viral #fyp ♬ original sound – ZAYAN
Nur juga berkata selepas perbincangan dengan keluarga, mereka bersetuju untuk mendapatkan rawatan sepatutnya di hospital buat suaminya.
Ramai tidak bersetuju dengan tindakan Nur mempertahankan rumah tangganya dan menganggap ia satu keputusan yang tidak wajar.
Kata mereka, dia seharusnya lebih mementingkan trauma dan melindungi anak peremuannya daripada suaminya itu.