Anak Sulung Nora Ariffin Dedah Hubungan Dengan Keluarga Dr Rushdi Baik Sahaja – “Cuma Ada Gangguan Pihak Luar”

Hiburan

Anak Sulung Nora Ariffin Dedah Hubungan Dengan Keluarga Dr Rushdi Baik Sahaja – “Cuma Ada Gangguan Pihak Luar”

Anak sulung penyanyi, Datuk Nora Ariffin iaitu Mohd Syakir Iman Johan memberitahu hubungannya bersama bapa tiri, Dr Rushdi Ramli, 59, dan keluarga di sebelah sana masih dalam keadaan yang baik.

Bagaimanapun, pemuda berusia 32 tahun itu mendakwa terdapat campur tangan pihak ketiga yang sedikit sebanyak menggugat keharmonian antara kedua-dua belah keluarga.

Advertisement

Adik-beradik saya dengan Dr Rushdi semua baik. Hubungan kami tiada masalah, namun gangguan daripada pihak luar yang menggoyahkan keadaan.

Tambah Syakir, hubungannya bersama anak-anak Dr Rushdi juga dalam keadaan baik dan tidak pernah berdepan masalah sebelum ini.

Meskipun hanya rapat dengan beberapa orang anak dan kebanyakannya lelaki, kata Syakir mereka memang dalam keadaan baik-baik sahaja.

Sebagai anak sulung, saya dan Dr Muhammad Shakir (anak sulung Dr Rushdi) melihat isu ini adalah hal antara ibu bapa kami. Kami tidak patut masuk campur, tetapi apabila sampai tahap ini, kami perlu memikul tanggungjawab.

Ujarnya lagi, dia bersama anak sulung Dr Rushdi hanya mahukan keputusan yang adil serta tidak membebankan kedua-dua pihak dan akan sama-sama berusaha untuk mencapai kesepakatan sebelum laporan diserahkan kepada mahkamah 30 September akan datang.

Pada masa yang sama, Syakir akui reda sekiranya takdir tidak berpihak kepada ibunya kerana sekiranya rumah tangga itu diganggu pihak luar hingga menjadi toksik, ia sudah tidak baik untuk sesiapa pun.

Harapan saya, biarlah perkara ini selesai segera dan secara aman. Saya hanya mahu melihat ibu saya bahagia. Tetapi jika tiada jodoh, apalah daya kita.

nora ariffin bercerai
2025-09-03 11:52:36

Proses Penceraian Masih Belum Selesai, Nora Ariffin Akui Sudah Penat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...