August 8th, 2015

Anak sulung Didie Alias iaitu Nur Dhaniyah telah selamat menamatkan zaman bujangya bersama pasangan Mohd Razishahriman Sabari seorang pereka grafik tengah hari tadi hanya dengan sekali lafaz dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan aktor Ridzuan Hashim.

Dhaniyah menerima RM300 mas kahwin dan RM15,000 hantaran pada majlis pernikahan yang berlangsung di Dewan N’Dah Mahligai, Shah Alam. Majlis perkahwinan pasangan tersebut akan berlangsung hari ini juga di lokasi yang sama.

Didie yang kelihatan menitiskan air matanya selepas anaknya sah bergelar seorang isteri bagaimanapaun meluahkan rasa syukur kerana majlis pernikahan anaknya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.

Syukur kepada Allah, semuanya selamat dan detik penting ini berjalan dengan sempurna. Sebagai ibu saya gembira kini anak saya sudah memasuki fasa baharu hidupnya. Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya doakan Dhaniyah dan suami kekal sehingga akhir hayat dan melayari hidup berumahtangga dengan bahagia.

Tahniah kami ucapkan kepada Nur Dhaniyah dan suami atas perkahwinan mereka. Semoga mereka dilimpahkan dengan kebahagiaan dan kekal sehingga ke akhir hayat.

Sumber Berita Dan Foto: Berita Harian


Comments are closed.

Loading...