Baru-baru ini, anak sulung kepada pelakon Fizo Omar iaitu Wan Maryam telah mendapat perhatian netizen semasa melakukan sesi siaran langsung bersama ibunya, Mawar Karim di TikTok.
Menerusi potongan video yang dimuat naik, Maryam merasakan seolah-olah mendapat kurang perhatian daripada bapanya sejak pelakon itu berkahwin dengan Fazeera Nazri Azrai dan dikurniakan tiga anak bersama isteri barunya.
Menurut Maryam, dia terasa seperti bapanya sudah tidak menyayanginya seperti dulu.
Maryam tengok macam daddy (Fizo) tak sayang.
Daddy ada ramai anak tapi anak sulung daddy rasa macam daddy dah tak sayang dia lagi.
@nur.syifa4071 sedih dgr luahan hati che yam#fypシ゚viral #tiktok #viral #brokenheart ♬ original sound – nur syifa – NurSyifa ִֶָ. .. ࣪ ִֶָ་༘࿐
Hantaran tersebut menarik perhatian netizen yang rata-ratanya memahami luahan hati Maryam, kanak-kanak berusia lapan tahun itu.