Anak Sulung Belum Cukup Setahun, Da’i Syed Umum Hana Ismail Kini Hamil Anak Kedua

Kehidupan

Anak Sulung Belum Cukup Setahun, Da’i Syed Umum Hana Ismail Kini Hamil Anak Kedua

Tahniah diucapkan buat pendakwah selebriti, Da’i Syed dan isterinya, Hana Ismail yang berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, memuat naik foto keluarganya dan turut memohon doa orang ramai buat kesejahteraan keluarga kecil mereka.

Advertisement

Dalam gambar tersebut, kelihatan jelas baby bump Hana, sekali gus mengesahkan kehamilannya, namun pasangan itu tidak mendedahkan usia kandungan buat masa ini.

Perkongsian tersebut dihujani ucapan tahniah daripada para peminat dan rakan-rakan selebriti yang turut mendoakan agar urusan kehamilan dan kelahiran anak kedua mereka dipermudahkan.

Untuk rekod, Da’i Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2022. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Sharifah Fatma Nour Jamalullail pada 14 Ogos 2023 yang kini belum genap setahun.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2025-07-14 16:41:41

"Woi, Ni Slow Dah Ni" - Netizen Tegur Talita, Jangan Biadab Dengan Ibu Tiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...