Orang ramai dikejutkan apabila pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid dan isterinya, pempengaruh dan usahawan popular, Syifa Melvin disangka bakal menimang cahaya mata yang kedua.
Video lama
Melihat berita tentang kehamilan itu tular, Syifa mengakui terkejut dan menafikan bahawa dirinya kini sedang mengandung anak kedua. Menurutnya, video yang dimuat naik itu merupakan video lama ketika dia dan suami baru menerima berita tentang kehamilan anak sulungnya.
Alamak! Belum hamil anak kedua lagi.
Video yang dimuat naik itu adalah kejutan untuk suami ketika saya hamil anak sulung. Saya baru muat naik dia media sosial.
View this post on Instagram
Belum ada perancangan
Bukan itu sahaja, adik kepada pelakon popular Syatilla Melvin ini juga menjelaskan dia dan suami masih belum mempunyai sebarang perancangan untuk menimang anak kedua memandangkan dirinya baru sahaja bersalin anak pertamanya beberapa bulan lepas.
Saya dan suami belum ada perancangan nak tambah zuriat lagi. Lagipun anak sulung baru berusia tujuh bulan dan saya bersalin secara pembedahan.
Jadi saya perlu berehat sekurang-kurangnya dua tahun. Tapi kalau ada rezeki timang zuriat lagi saya tidak menolak.
Apapun doakan yang terbaik untuk keluarga kecil kami.
@syifmel131 #pregnancyrevealhusband #fyp @OFFICIAL SAFAWI R ♬ original sound – Syifa Melvin
Sekadar info, Syifa dan Safawi berkahwin pada 28 November 2022 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia lapan bulan.