Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Anak Sudah Pandai Berjalan, Hidayah Zahir Rasa Syukur

Biarpun pelbagai spekulasi timbul berkenaan hubungan kisah peribadinya bersama keluarga mertua sehingga berdepan kontroversi saman menyaman dengan keluarga mertua dan adik iparnya, Ali Puteh, balu arwah Abam iaitu Nor Hidayah kini dilihat masih tenang menjalani kehidupannya seperti biasa.

hidayah syukur anak dan boleh berjalan

Advertisement

Terbaru, menerusi sebuah posting di laman Instagram miliknya, Hidayah khabarnya dilihat meluahkan rasa syukur dan gembira selepas anaknya iaitu Syed Uthman Hamzah yang kini berusia setahun sudah mula pandai berjalan.

“Momen anak kesayangan saya. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Hamzah sudah tahu berjalan. Jatuh dan bangun adalah perkara biasa, proses pembelajaran. Teruskan dan anda boleh melakukannya.”

Advertisement

Rakaman video yang berdurasi 2:26 saat itu menunjukkan Hamzah sedang berjalan di dalam rumah.

hidayah syukur anak dan boleh berjalan

Selain berkongsi video telatah anaknya itu kepada umum, Hidayah juga tidak ketinggalan mendoakan agar anaknya membesar dengan baik sebagai seorang anak yang soleh dan tidak lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah buat arwah suaminya.

Menjengah ke ruangan komen entri berkenaan,  rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur dan memberikan kata semangat buat ibu tunggal itu agar kekal tabah menghadapi segala ujian yang menimpa dirinya.

hidayah syukur anak dan boleh berjalan

Untuk rekod, Hidayah dan Abam talah selamat bergelar suami isteri pada 8 Disember 2017. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Namun, pada pagi Isnin (10 Februari), Abam telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya akibat demam panas.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top