Baru-baru ini, pelakon Azhar Sulaiman tampil memberikan sedikit komen mengenai isu Puteri Balqis yang mendedahkan perangai sebenar bapa kandungnya ketika dia masih kecil dan bagaimana perkara tersebut telah mendatangkan trauma buat dia dan ibunya.
Kata Azhar, dia tidak bersetuju dengan cara Puteri Balqis menghebahkan mengenai perkara itu kepada orang ramai kerana ia melibatkan aib bapa kandungnya.
Namun begitu, kenyataan Azhar yang dimuat naik di Instagram miliknya itu telah menerima respon yang pelbagai daripada netizen di luar sana.
Kata mereka, Azhar sepatutnya menasihati anaknya, Kasih Iris Leona kerana kerap kali mencipta kontroversi sejak kebelakangan ini.
Malah, ada yang menganggap Azhar memberi komen sedemikian rupa kerana ingin ‘menutup’ kesalahan anaknya sendiri ataupun dengan kata lain ‘mengalih perhatian’ netizen untuk bercakap lebih lagi mengenai isu Puteri Balqis.
Selain itu, ada juga pihak yang tidak bersetuju kerana anaknya mungkin tidak bersetuju dengan kenyataan Azhar sendiri berikutan Kasih Iris ada memuat naik tweet di akaunnya yang bertulis:
Saya tahu saya anaknya (Azhar Sulaiman) tapi tolong berhenti mengaitkan apa yang dia lakukan dengan saya kerana ada perkara kami tidak sependapat dan ia tidak mencerminkan pandangan saya mengenai sesuatu isu.
Apa pun, biarlah pihak polis membuat siasatan lanjut mengenai isu Puteri Balqis.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.