Anak Sendiri Malu Dengan Muka Pian Cecupak

Hiburan

Anak Sendiri Malu Dengan Muka Pian Cecupak

pian cecupak

Aduh sedihnya diri ini kalau jadi Pian Cecupak. Anak sendiri malu ngan muka ayah dia. Mana taknya. Muka elok-elok dah hensem menggatal nak bedah sana bedah sini. Ada ke semata-mata nak dapatkan muka macam Dafi sanggup letak kolagen dalam muka. Adoi, memang tak bleh blah alasan.

Advertisement

Nasib baik sekarang nie nie dah insaf balik lepas anak dia mengaku yang dia malu kalau orang tau dia anak Pian Cecupak sebab wajah ayah dia macam tue. Skang nie Pian tengah berusaha nak buang kolagen dalam muka dia. Baguslah dah insaf. Yang bagusnya dia sedar yang kecantikan nie takkan kekal. Dah tua nanti kerepot jugak.

Kalau nak baca interview penuh, sila baca artikel ini lagi.

Kata-kata yang keluar daripada mulut Pian Cecupak hanya satu. Dia rindukan wajah asal selepas menyesali tindakannya beberapa kali melakukan ubah suai wajah. Kononnya nak dapat wajah mirip penyanyi Dafi. Lepas tu ada hati pula nak tampil macam hero hindustan, Rajesh Khana.

Sayangnya selepas beberapa tahun menghabiskan wang ringgit bagi mengubah wajahnya itu yang kononnya lebih menarik, hari ini dia rasa menyesal.

Malah kata Pian, dia mendapat kesedaran untuk membetulkan wajahnya agar kembali kepada asal selepas ditegur oleh anak sulungnya daripada dua beradik iaitu Nuraina,13.

Anak saya cakap, dia malu kalau orang tahu dia anak Pian Cecupak gara-gara wajah saya yang macam ini,? kata Pian memulakan cerita.

Selain teguran itu, anaknya turut berkata dia sudah memberikan apa yang Pian mahukan selama ini iaitu pencapaian terbaik di dalam pelajaran. Dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) lalu, anaknya mendapat keputusan 4A di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Atas kejayaan yang dibuktikan, Nuraina mahukan sesuatu iaitu ingin melihat wajah asal ayahnya itu. Dalam masa yang sama jelas Pian, faktor usia dan selepas menanam hasrat untuk mengerjakan umrah, maka hatinya sudah berubah dan menyesali apa yang pernah dilakukan sebelum ini.

Dek kerana perkara itu, Pian telah melakukan pembedahan secara berperingkat bagi membuang cecair kolagen di wajahnya selain merasakan dirinya telah melakukan dosa.

Apa sudah jadi? Tiba-tiba nak buat pembedahan membuang kolagen di muka?

Saya ada hajat nak pergi umrah. Insya-Allah kalau ada rezeki pada tahun hadapan. Suatu hari tu saya ada jumpa ustaz dan dia kata buanglah mana yang boleh. Jadi saya ambil keputusan nak buat suntikan buang semula kolagen yang ada.

Setakat ini dah buat atau belum?

Dah. Saya dah buat suntikan beberapa kali secara berperingkat. Setakat ini tak ada masalah sebab selama ini saya hanya masukkan cecair kolagen sahaja untuk membentuk wajah yang saya mahukan.

Apabila buang kolagen tu, muka jadi macam mana?

Mungkin akan jadi wajah Pian Cecupak yang asal dulu? Yang pasti bahagian pipi saya akan nampak cengkung. Tak la tembam macam sekarang. Ni pun dah susut sikit dah.

Sakitkah berbanding proses awal memasukkan kolagen dulu?

Sakit memang sakit. Sakit dia sampai ke tulang hidung. Air mata berjurai-jurai macam air hujan. Tapi saya dah nekad nak wajah kembali ke asal, saya buat juga. Saya tak kisahlah walaupun kosnya lebih tinggi berbanding kali pertama saya ubah suai muka saya dulu.

Selain sebab nak pergi umrah, apa yang membuatkan Pian rasa kesal?

Saya ada anak dua orang. Yang sulung tu umur 13 tahun dan yang kedua 11 tahun. Dua-dua perempuan. Suatu hari tu anak sulung saya Nuraina datang kepada saya. Dia kata; ?bah… apa yang abah nak semua Aina dah bagi. Sekarang Aina nak abah bagi pula untuk Aina.? Dia kata dia tak nak bila dia belajar nanti, orang ejek dia kerana ayah dia macam ni. Dalam UPSR sebelum ni dia dapat 4A. Dia belajar di sekolah Cina. Kita pun tahu, orang Cina mana kenal saya. Jadi dia tak kisah. Lepas ni dia nak belajar di sekolah sukan atau nak masuk universiti yang ramai pelajar Melayu, tentu dia malu. Saya faham perasaan dia. Sebab tu saya nak buang apa yang ada dalam muka saya ni.

Kenapa baru fikir hari ni?

Nak muka macam Dafi lah, hidung macam hero hindustanlah tapi tak menjadi juga!

Dulu hati asyik nak seronok. Tapi bila dah masuk umur 40 tahun barulah saya rasa menyesal. Tiba-tiba saya rasa, kita ni akan masuk ke alam tua. Nanti di hari tua tak ada anak-anak nak jaga, lagi susah. Saya tak nak bila dah tua saya mati di rumah kebajikan. Saya dah berpisah dengan isteri sejak 10 tahun lalu. Kerana sayangkan anak, saya ikut kehendak mereka. Lagipun ini semua benda baik.

Apa pengajaran yang Pian dapat selepas menyesali perbuatan ni?

Saya terfikir juga kecantikan ni tak ke mana pun. Lama-lama akan hilang terutama bila kita tua. Sebab tu tiba-tiba rasa nak buang balik benda yang dimasukkan ke dalam muka ni. Saya sedar, selama ni saya berdosa kerana mengubah ciptaan Tuhan.

Pian tahu tak selama ni orang kata Pian nak jadi pondan sebab buat muka macam ni?

Saya tahu macam-macam orang kata tapi saya tak kisah. Paling tidak saya ada juga dua orang anak. Dalam hidup saya nak bahagiakan anak. Apa orang nak kata, lantaklah asalkan saya masih hormat dekat orang. Cuma saya minta jangan pandang hina lelaki lembut ya. Lelaki yang keras tu, tak semestinya dia keras.

Apa yang saya tahu pernah ada ustaz yang nasihatkan Pian. Betul?

Ya… ada ustaz penah tegur saya kenapa ubah bentuk muka ni? Tapi masa tu kita ni jahil. Saya marah balik ustaz tu. Saya kata; ?ngkau dunia engkau, aku dunia aku.? Tapi hari ini saya pula yang cari ustaz nak minta nasihat.

Tak teringin nak kahwin? Bina hidup baru!

Memang teringin selepas 10 tahun jadi duda ni. Tapi ada ke perempuan yang nak lelaki lembut macam saya?

Apa nasihat Pian kepada mereka yang nak ubah suai muka dia orang?

Tepuk dada tanya selera. Rasanya kalau muka tu dah elok, cantik, tak payah nak ubah-ubah lagi. Bukan apa, kalau kita pergi mana pun orang akan cakap, muka orang ni dah cucuk. Orang tahu itu bukan wajah yang asli. Bersyukurlah dengan wajah asal kita.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...