“Anak Sendiri Keduniaan,Tomboi, Kejar Content..” – Netizen Dakwa Hanya Konten Ziarah Arwah Nurly, DS Vida Mohon Doa Buat Cik B

Kehidupan

“Anak Sendiri Keduniaan,Tomboi, Kejar Content..” – Netizen Dakwa Hanya Konten Ziarah Arwah Nurly, DS Vida Mohon Doa Buat Cik B

Kehadiran usahawan sensasi, Datuk Seri Vida, di pusara Allahyarhamah Nurly Shahirah Azman, pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terkorban dalam kemalangan bas persiaran di Gerik, Perak meraih perhatian ramai di media sosial.

Dalam satu hantaran video di TikTok, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman turut berkongsi isi hatinya selepas menerima komen yang mempertikaikan cara beliau membesarkan anak perempuannya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, atau lebih dikenali sebagai Cik B.

Advertisement

Meluahkan perasaannya dengan nada sebak, Vida menzahirkan harapannya agar Cik B menjadi insan yang dicintai Allah, seperti mana arwah Nurly Shahirah yang dikenal sebagai anak yang dekat dengan al-Quran dan memiliki keperibadian yang lembut dan mulia.

Aku mohon dengan rendah diri, jadikanlah anakku Cik B seperti arwah Nurly Syahirah.

Hidupnya yang penuh dengan cinta kepada Al-Quran, bibirnya sentiasa dibasahi kalam-Mu, hatinya lembut, bersih dan penuh nur keimanan.

Biarpun dunia ini penuh ujian dan kelalaian, pimpinlah anakku menuju jalan-Mu.Dan andai aku tak sempat melihat dia jadi hebat, cukupkan aku dengan keyakinan bahawa dia akan terus menjadi saham akhirat buatku.

Kenyataan tulus tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada warganet, dengan ramai yang tersentuh dan menyatakan sokongan kepada niat murni Vida sebagai seorang ibu.

Menjengah ke ruangan komen, ramai memuji sikap Cik B yang dilihat sentiasa bersopan santun, merendah diri dan matang walaupun masih muda.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar Cik B terus membesar menjadi wanita solehah serta menutup aurat dengan sempurna pada masa hadapan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pekerja bang aji backup bapa bang aji
2025-07-16 14:56:44

“Siapa Kata Tunggang Anak? Duit Dia Pun Berkepuk!” – Bapa Abang Aji Dapat Pujian, Pekerja Dedah Sisi Sebenar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...