Baru-baru ini tular di laman Twitter, satu ciapan di muat naik oleh seorang pengguna yang memaparkan pelakon, Norman Hakim sedang menayang tubuh badannya dihadapan pelakon wanita lain.
Menerusi ciapan tersebut, difahamkan gambar tersebut diambil untuk salah satu babak didalam filem lakonan terbarunya iaitu Tiga Janda Melawan Dunia.
Malah, turut berada didalam gambar tersebut, pelakon veteran, Khatijah Tan, Normah Damanhuri dan Raja Azura yang seolah-olah kagum melihat tubuh badan sasa Norman.
Astaghfirullahalazim, cuba kalau benda macam ni terjadi pada kaum wanita, malu weh tsk tsk tsk.
Menjengah di ruangan balas, rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan kesemua pelakon itu yang dianggap memalukan.
Aku ingat si norman ni dh jadi warak. Rupanya tidak?
— Jiha (@ainur_najiha) May 24, 2022
Aku ingat si norman ni dah jadi warak. Rupanya tidak. – Netizen.
“Agak-agak la nak tunjuk badan pun, lelaki la paling senang nak jaga aurat itu pun tak terjaga, nak tunjuk body sangat ke, orang cari rezeki biar berkat.. fikir la sikit guna kepala otak,” tulis seorang pengguna Twitter.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.