“Anak Sedang Ditidurkan Di Hospital” – Kembali ‘Menganggu’, Isteri Aman Graseka Minta Sharifah Syahirah Bantu Anak Sedang Sakit Pula

Hiburan

“Anak Sedang Ditidurkan Di Hospital” – Kembali ‘Menganggu’, Isteri Aman Graseka Minta Sharifah Syahirah Bantu Anak Sedang Sakit Pula

Sebelum ini, Sharifah Sharifah menyebarkan berita mengenai kesusahan yang sedang dialami oleh pelakon lelaki, Aman Graseka yang memerlukan bantuan dari segi kewangan demi kelangsungan hidup.

Namun begitu, bantuan tersebut meraih perhatian selepas Aman sendiri memberitahu dirinya serta keluarga dalam keadaan baik-baik dan bekerja sebagai peniaga.

Advertisement

Anak sakit sedang ditidurkan di hospital

Terbaru, Sharifah Shahirah memaklumkan dirinya terima mesej seawal pagi daripada isteri aktor terbabit mengenai anak mereka yang sedang sakit dan ditidurkan di hospital ketika ini.

Bahkan, isteri Aman siap mahu menunjukkan bukti bahawa anak sedang sakit demi mendapatkan bantuan daripada DJ radio Suria FM itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Selepas menerima mesej tersebut, Sharifah Shahirah atau Shiera tidak membalas apa-apa dan sebaliknya berkongsikan berita itu ketika sedang bersiaran di segmen Suria Petang dan memohon doa daripada pendengar.

Shiera trauma, bimbang berita palsu

Kata Shiera, dia kini sudah trauma dengan segala mesej yang diterima oleh pihak Aman kerana bimbang isteri Aman yang bernama Nurul Amrina hanya mereka cerita demi meraih perhatian.

Jika perlukan bantuan, dia sepatutnya hubungi orang terdekat. Sebelum ini pun dia tak jujur sebab itu saya berdiam sahaja kali ini.

Sekadar info, sewaktu isu mengenai Aman ini ‘hangat’ di setiap platform, rakan selebriti turut mendedahkan menerima mesej sama daripada Aman tetapi tidak pasti sama ada ia benar atau tidak.

ellie suriaty
9 months ago

"Isteri Dia Tak Bagi Shooting" - Ellie Suriaty Bongkar Rahsia, Rupanya Isteri Aman Graseka Yang Hantar Mesej Pada Rakan Artis?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...