October 7th, 2014

Ya di kala umat Islam sedang menyambut Hari Raya Aidiladha, dunia hiburan dikejutkan dengan berita mengenai anak sulung Rozita Che Wan, Ammar Effendy. Kalau sebelum ini kecoh mengenai hadiah BMW yang diterima oleh Ammar Effendy sempena kejayaannya dalam SPM, kali ini kecoh pula mengenai aktiviti Ammar ke kelab malam. Menariknya, bapa tiri Ammar, Zain Saidin memaklumkan yang dirinya dan Che Ta mengetahui aktiviti Ammar itu. Hmmmm
ammar effendy

Kata Zain Saidin:-

Saya pun dulu pernah remaja. Ibu saya terbuka dalam segala hal dan saya di didik dengan cara terbuka. Lagipun anak-anak ni, lagi kita halang lagi mereka suka, lagi mereka nak buat. Jadi dalam hal ini saya dan Che Tah mengambil pendekatan menjadi lebih terbuka.

Biarlah mereka rasa sendiri pengalaman-pengalaman dunia luar. Tetapi tidaklah sampai mereka boleh buat apa saja sesuka hati mereka. Saya dan Che Tah berikan mereka kebebasan asalkan mereka tak melakukan atau terjebak dengan perkara-perkara yang bukan-bukan dan tak berfaedah.

Kalau tentang Ammar ke kelab malam, itu memang atas pengetahuan saya dan Che Tah. Kami bagi dia pergi sebab dia rasa tertanya-tanya dan nak tahu. Jadi, biarlah dia pergi dan tengok sendiri. Saya rasa dia pun tahu bagaimana nak jaga nama baik ibu bapa dia. Tahu nak jaga status ibu bapa dia.

Kalau dia buat apa-apa perkara yang kurang elok, bukan saja nanti kami sebagai ibu bapa yang terima kesan tapi dia sendiri juga akan terima akibatnya. Orang tetap akan kecam dan kritik dia. Dan andai kata kalau dia tersilap langkah sekalipun, dia sendiri yang dapat pengajaran daripada apa yang dia lakukan tu. Biar lah dia rasa (pengalaman) sendiri.

Namun Che Ta semalam tampil menafikan yang anaknya pergi ke kelab malam seperti yang dimaklumkan oleh Zain. Menurut Che Ta, anaknya tidak pernah menjejakkan kaki ke kelab malam. Terang Che Ta:-

Saya marah apabila orang menuduh dan salahkan saya tidak pandai jaga anak, padahal mereka tidak tahu susah senang saya sebagai ibu tunggal membesarkan anak-anak sendiri. Saya sudah beri didikan yang sebaik mungkin hingga dia berjaya mendapat keputusan baik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan menjadi pelajar terbaik di sekolah.

Mereka sepatutnya tanya saya kerana saya ibu dia jadi saya lebih tahu kemana anak-anak saya pergi. Namun itu tidak bermakna dia tidak mengambil tahu dan peduli tentang mereka.

Anak saya Ammar Effendy tidak pernah ke kelab malam, tentang keizinan itu memang dia sentiasa meminta izin untuk keluar termasuk pada waktu malam, itu pun kalau dia ingin lepak dan jumpa kawan-kawannya sahaja.

Cuma selepas dia minta izin saya sudah tidak boleh pantau lagi dia pergi mana, namun saya harap kebebasan yang saya beri tidak disalahgunakan

ammar

Tak tahu mana satu yang cakap perkara sebenar sama ada Che Ta atau Zain Saidin. Namun Abang Nara lebih percaya kata-kata Che Ta. Selaku seorang ibu, pasti Che Ta lebih mengetahui aktiviti anaknya. Abang Nara dulu pun selalu keluar malam masa muda-muda. Tak adalah pergi kelab malam. Sekadar lepak minum teh tarik, main snooker dan tengok bola je. Rasanya Ammar tak akan buat perkara yang tak elok kerana menjaga nama baik ayah dan ibunya. Tak gitu?

[flowplayer id=”29734″]


Comments are closed.

Loading...