Pelakon kacak dan bapa tunggal, Hisyam Hamid, tampil mengulas mengenai pujian yang diberikan oleh aktres terkenal Fazura yang menggelarnya sebagai seorang “family man” dalam satu siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Pujian tersebut telah mencetuskan reaksi peminat, termasuk yang mula ‘kenenkan’ mereka berdua, namun Hisyam tampil meredakan spekulasi.
Saya tengok video siaran langsung itu, dia (Fazura) cerita pun secara umum dan kebetulan kami pernah berlakon sama. Mungkin sebab dia tengok cara saya layan anak-anak menyebabkan dia puji daripada sudut itu. Saya tidak rasa dia ada niat lain, kadang-kadang peminat jadi teruja dengan perkongsian tersebut.
Hisyam, yang bercerai pada Mei lalu, mengakui bahawa statusnya sebagai duda menjadi punca utama mengapa dia sering digosipkan dengan artis wanita lain.
Saya rasa isu ‘dikenenkan’ (digosipkan) dengan artis wanita adalah kerana status kami sebagai ibu dan bapa tunggal. Saya pun tak boleh nak buat apa.
Dalam nada santai, Hisyam turut berkongsi kisah lucu anak lelakinya yang tidak mahu melihatnya berkahwin semula.
Anak lelaki saya ada kata saya tak perlu kahwin kerana sudah ada segalanya.
Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa anak-anaknya kini semakin selesa dengan kehidupan baharu mereka selepas penceraian.
Bagi Hisyam, apa yang paling utama dalam hidupnya kini ialah membesarkan anak-anak dengan penuh perhatian dan kasih sayang, sambil memastikan emosi dan kesihatan mental mereka terjaga.
Daripada dulu siapa yang kenal saya tahu keluarga adalah keutamaan… Kesihatan mental mereka adalah keutamaan saya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.