Pelakon Zarina Zainuddin berkongsi video hantaran di Instagram mengendalikan anak sulungnya yang menghidap autisme iaitu Muhammad Razil Azrai atau Azil ditegur oleh seorang pengikutnya.
Individu tersebut menegur Zarina kerana memeluk dan mencium anaknya di dalam hantaran itu dan juga mengingatkan pelakon tersebut untuk menjaga batas pergaulan di antara ibu dan anak lelaki bujang.
Individu tersebut berkata,
Jangan peluk-peluk sangat dengan anak bujang tu, dia pun ada nafsu juga!
Kerana kesal dengan kata-kata individu tersebut, Zarina turut membalas komen itu dengan berkata,
Apa la anak sendiri difikir begitu. Apalah pemikiran awak, anak saya tak ada nafsu yang begitu… dia cuma ingin belaian kasih sayang dari seorang ibu.
View this post on Instagram
Rata-rata pengikut pelakon tersebut menyokong dan menyukai perkara yang dilakukan oleh Zarina dengan membelai anaknya penuh kasih sayang, lebih-lebih lagi anak lelaki nya itu mempunyai kekurangan diri.