“Anak Saya Sekolah Agama Tau!” – Sharifah Sakinah Beri Sokongan Anak Minat Bidang Seni, Kena Seimbang Dengan Pelajaran

Hiburan

“Anak Saya Sekolah Agama Tau!” – Sharifah Sakinah Beri Sokongan Anak Minat Bidang Seni, Kena Seimbang Dengan Pelajaran

Pelakon Sharifah Sakinah memaklumkan hubungannya bersama bekas suami, Aliff Adha masih berada dalam keadaan yang sangat baik bagi memastikan kesejahteraan anak mereka, Anais Adha.

Masih baik dengan bekas suami

Ujar Sakinah, Aliff Adha adalah bapa terbaik buat anak mereka dan menyifatkan lelaki itu sebagai kurniaan Allah S.W.T meskipun sudah tiada ikatan suami isteri.

Advertisement

Aliff adalah ibu sebenarnya! Aliff memang bagus dan saya sangat bersyukur dikurniakan bekas suami macam dia.

Hubungan Anais dengan bapanya pun sangat baik. Tak tahu kenapa Tuhan berikan saya rezeki kehidupan sebegini.

Dalam pada itu, Sakinah memberitahu anaknya sangat bijak dan bersikap jujur mengenai kehidupan keluarga apabila ditanyakan mengenai ibu bapa oleh orang sekeliling.

Dekat sekolah hanya dia sahaja yang ibu bapa sudah bercerai. Kadang-kadang kawan dia tanya kenapa ada dua rumah dan Anais jawab ibu dan ayah sudah berpisah, siap terangkan kepada mereka.

Ketika menetap di Sweden, 50% pasangan bercerai di sana dan ia perkara normal. Di Malaysia nak normalisasikan perkara itu sangat sukar. Sebab tu pentingnya bercuti ke luar negara. Tengok budaya luar, perceraian itu perkara biasa.

Anais minat bidang seni

Anais juga dikhabarkan mempunyai bakat dalam bidang seni dan Sakinah berkata dia menyokong jika anak perempuannya itu ingin bergelar artis asalkan pendidikan menjadi keutamaan.

“Bekas suami pun sokong tapi apa-apa pun kena seimbang dengan pelajaran. Anak saya sekolah agama tau. Dia suka melukis malah di hadapan kamera pun dia natural jadi model, menangis pun boleh” kongsinya lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

DS Vida
8 months ago

DS Vida Join Buat 'Trend' Asoka Di TikTok, Netizen Kata Dah Macam Chandramukhi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...