Pelakon cantik dan juga usahawan, Rozita Che Wan berkata dirinya lebih memilih untuk bersikap rasional dan sedikit terbuka di dalam isu pemberian gajet dan pendedahan media sosial kepada anak perempuannya, Aaishah Dhia Rana yang kini berusia enam tahun.
Menurutnya, biarlah Aaishah melakukan apa yang disukai seperti kanak-kanak lain asalkan tidak berlebihan. Tambahnya lagi, kanak-kanak pada ketika ini memang telah terdedah dengan perkembangan teknologi dan aplikasi media sosial seperti TikTok, Instagram dan sebagainya.
Tidak mahu anak kesayangannya itu terlalu ‘tradisional’ dan hanya ‘berdiri menjadi patung’ sahaja, Rozita berkata dia lebih memilih untuk membiarkan Aaishah menikmati apa yang dia suka lakukan asalkan tidak melampaui batas.
Hal ini berbangkit apabila netizen tampil menegur pelakon drama Kebaya Kasut Kanvas ini yang memuat naik video Aaishah menari TikTok menerusi Instagram kanak-kanak berkenaan baru-baru ini.
Namun, sebagai ibu, dia tetap menghadkan masa penggunaan gajet buat Aaishah.
“Memang saya hadkan dia dengan gajet. Misalnya satu jam dalam sehari. Dia juga tak ada telefon pintar sendiri. Kalau pun dia ada handphone sekalipun, tiada Youtube, hanya boleh buat panggilan video untuk keluarga saja. Dia tidak berani minta nak tengok sesuka hati, sebab dia sedar kami memang tak bagi. Cuma ya, anak saya pun sama juga macam kanak-kanak lain, tak kan nak suruh dia membaca saja. Anak saya tu anak orang, bukan robot atau anak patung,” – Rozita Che Wan
Sumber : Media Hiburan