“Anak Saya Arrian Bukan Anak Luar Nikah, Tolonglah!” – Fatin Afeefa

Hiburan

“Anak Saya Arrian Bukan Anak Luar Nikah, Tolonglah!”  – Fatin Afeefa

Baru-baru ini, dunia hiburan tempatan dihidangkan dengan aksi pertelingkahan media sosial antara pelakon Fatin Afeefa dan juga bekas suaminya, Adam Shahz di Instagram.

Fatin Afeefa pada mulanya dituduh mengabaikan anak-anak kerana berlibur di kelab malam bersama lelaki dan Adam Shahz pula didakwa tidak pernah melunaskan nafkah anak-anak semenjak 4 tahun yang lalu.

Advertisement

Malah, wujud pula dakwaan yang mengatakan anak pertama Fatin Afeefa, Arrian adalah anak luar nikah.

Tertekan dengan keadaan itu, Fatin tampil menjelaskan apa yang terjadi antara dia dan Adam serta status anak pertamanya itu di Live TikTok, semalam.

Kata Fatin, dia tidak pernah menghalang Adam untuk berjumpa dengan anak-anak dan tak pernah memburukkan Adam sebagai bapa mereka.

Anak saya, Arrian, bukan anak luar nikah, tolonglah! Melampau. Hanya kerana awak tak nak saya berkahwin, awak buat macam ni kepada saya, melampau.

Tambahnya, dia tidak takut hak penjagaan anak-anaknya dirampas Adam kerana yakin dirinya lebih mampu membesarkan mereka.

Saya dah penat. Saya dah tak larat. Dah lima tahun. Saya dah move on.

Dia dalam pada itu berkata bahawa dirinya bersedia disaman bekas suaminya itu dan telah menyediakan semua dokumen jika perlu.

“Peguam saya dah sedia, kami ada semua dokumen. Saya sudah lebih dari bersedia cuma saya nak awak (Adam) keluarkan duit dulu sebab saya dah penat nak keluarkan duit saya dulu” ujarnya panjang lebar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fatin Afeefa Adam Shahz
1 year ago

Buat Hantaran Fitnah Di IG, Fatin Afeefa Dedah Bekas Suami Kuat Menipu, - "Move On Lah, 5 Tahun Dah"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...