Anak saudara kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ummi Umairah dilaporkan kini aktif terlibat dalam dunia lakonan.

Ummi yang lebih mesra disapa sebagai Umai ini nampaknya tidak langsung kekok apabila beraksi di depan kamera.
Sememangnya dilahirkan dalam keluarga seni, Umai bakal muncul dalam telefilem berjudul Diva Dari Jakarta menerusi saluran Astro Citra.
Perkara itu ternyata telah mendapat perhatian netizen apabila si cilik itu memuat naik video klip pendek lakonannya menerusi media sosial Instagram miliknya baru-baru ini.
View this post on Instagram
Umai yang kelihatan bersahaja dalam menjiwai wataknya itu turut mendapat pujian daripada netizen yang rata-rata tidak sabar untuk menyaksikan telefilem berkenaan.
Malah ada juga yang memuji wajah Umai seolah-olah seperti Siti Nurhaliza ketika muda remaja.
View this post on Instagram
Sekadar info, telefilem Diva Dari Jakarta turut dibintangi pelakon Sherry Alhadad dan Ruhainies dan akan bersiaran pada Sabtu,16 Januari ini jam 9 malam di Astro Citra saluran 108.

Norina
January 20, 2021 at 10:28 am
Muka tembamnya seiras mak dia…namapun anakkkan
Anonymous
January 18, 2021 at 9:42 am
sebijik rupa saerah lah, mak dia (adik tok ti yg fefeling nak glamer juga tu tapi x jadi)… sikit je rupa tok ti.
anonymous
January 16, 2021 at 6:29 pm
so ugly
Anonymousjugak
January 16, 2021 at 7:12 pm
Tak baik, budak pun nak bully