Sebuah video santai yang dimuat naik oleh Sharifah Shahira di TikTok menjadi perhatian ramai selepas pelakon veteren Rusdi Ramli dilihat berkunjung ke rumah selebriti itu.
Namun, bukan sahaja kemunculan Rusdi yang mencuri perhatian malah anak lelakinya, Reo Ridza, turut menjadi tumpuan warganet.
Dalam video tersebut, Reo yang berusia 16 tahun tampil segak mengenakan baju Melayu merah, namun kelihatan pemalu ketika disapa Shahira. Ramai netizen terkejut melihat Reo yang kini sudah meningkat remaja dan mempunyai wajah yang kacak mirip bapanya ketika muda.
Ruangan komen penuh dengan pujian dan gurauan para peminat yang kagum dengan penampilan Reo. Antara komen yang mencuri tumpuan:
Kalau itu anak dia Reo tu memang kacak betul macam ayahnya masa muda dulu. Tahniah keluarga bahagia Rusdi Ramli.
Anak lelaki dia macam muka Jonas Brother. Macam muka mat salleh tapi Melayu hensem.
Untuk yang mungkin tidak mengenali, Nick Jonas ialah penyanyi dan pelakon Hollywood terkenal daripada kumpulan Jonas Brothers, popular dengan rupa paras tampan dan karisma atas pentas — maka tidak hairanlah ramai menyamakan wajah Reo dengannya.

Video tersebut kini terus tular, dengan ramai netizen sekali lagi mengimbas memori zaman kegemilangan Rusdi Ramli sekaligus memuji gen “kacak” yang jelas diwarisi Reo daripada bapanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
