March 19th, 2012

Syukur Abang Nara mendengar yang anak Rozita Che Wan yang dilaporkan hilang Sabtu lalu telah pun ditemui. Anaknya, Aniq Erza, 14 tahun ditemui di rumah kawannya di USJ Subang Jaya selepas gerakan mencari yang turut disertai oleh pihak polis.
aniq erza ditemui

Kata Rozita Che Wan:-

Saya panik apabila mengetahui dia hilang tanpa sebarang sebab tetapi akhirnya dia dapat ditemui atas bantuan pihak polis dan rakan-rakannya yang memberikan informasi di mana dia berada. Dia beritahu polis dia lari dari rumah sebab merajuk kerana saya melebih-lebihkan si abang daripada dirinya.

Susah jugak untuk menjadi seorang ibu ini. Abang Nara rasa Rozita Che Wan pastinya tak berbelah bahagi dalam memberi kasih sayang kepada anaknya. Namun biasalah budak-budak. Kadang-kadang tue ada je yang tak kena di mata diorang. Susah jugak nak menjadi seorang ibu yang perfect di mata anak sendiri.

Harap-harap selepas ini anak Rozita Che Wan ataupun anak kita sendiri kalau nak merajuk pun janganlah sampai lari dari rumah. Malaysia sekarang kan dah tak selamat. Kang tak pasal-pasal kena culik kang. Abang Nara sendiri rasa seriau semenjak dua menjak ini terutama selepas kes kematian Dirang. Kredit berita Mstar.


80 responses to “Anak Rozita Che Wan Ditemui, Lari Kerana Merajuk Ibu Manjakan Abangnya”

  1. leha says:

    mak sibuk jual bulu mata kot..tu smp anak hilang x sedar.
    cuba rita rudani buat mcm ni..confirm kecoh 1 malaya kata x tau jaga anak.
    dunia2 mmg x adil.tau nak hentam org ja nohh….

  2. […] ← Kembali Terus ke sumber Ruangan Iklan? 468×60 – Email […]

Loading...