Zaman dahulu, ketegasan seorang ayah membesarkan anak-anak sangat digeruni dan ini semua bagi memastikan anak itu menjadi manusia berguna. Tapi lain pula yang terjadi pada zaman sekarang apabila anak sanggup melawan ibu bapa.
Kisah ini tidak berlaku di Malaysia tetapi dilaporkan media China. Ini apabila seorang budak lelaki berusia 14 tahun telah membuat laporan polis dengan tuduhan bapanya menjadikannya buruh paksa dengan menyuruhnya melakukan kerja rumah.
Si bapa geram dengan anak yang asyik bermain telefon
Laporan polis ini berlaku di Ma’anshan China dan hasil siasatan mendapati bapanya geram melihat anaknya leka bermain telefon dan mengabaikan kerja rumah serta pelajaran. Disebabkan itu, bapanya mengarahkan anaknya untuk berhenti bermain telefon dan menolongnya melakukan kerja rumah.
Pada waktu inilah budak lelaki tu curi-curi keluar dari rumah dan terus ke balai polis untuk melaporkan ayahnya melakukan aktiviti buruh paksaan kanak-kanak. Aduhai dik…
Pegawai polis pun pening apa yang berlaku
Pegawai polis yang tidak berapa jelas dengan apa yang dilaporkan membuat keputusan mengikutinya pulang ke rumah untuk siasat. Polis akhirnya memahami apa yang berlaku selepas mendengar penjelasan bapanya.
Budak itu tidak dapat memberikan bukti yang kukuh bapanya bersalah dan jika mengikut undang-undang penguatkuasaan China, tiada kesalahan yang berlaku. Pegawai polis itu turut bersetuju dan mengarahkan agar telefon bimbit budak itu dirampas bapanya untuk sementara waktu.
Akan tetapi, budak lelaki itu tiba-tiba menjadi bengang dan mengatakan kepada polis,”Kamu fikir saya hanya ada telefon itu sahaja ke?”.
Lain macam budak ni, kalau penulis dalam situasi tu dah lama kena penampar! Ishhh…
Kejadian ini sangat pelik dan menjadi viral di China selepas seorang anak sanggup melihat bapanya dipenjarakan atas alasan tak munasabah. Diharapkan sikap biadap dan derhaka kepada orang tua ni tidak ada dalam diri anak-anak kita.
Apa pendapat anda? Kongsikan bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara.