Anak Pulang Berjalan Kaki, Cuba Diumpan Lelaki Tak Dikenali Dengan Gula²

Trending

Anak Pulang Berjalan Kaki, Cuba Diumpan Lelaki Tak Dikenali Dengan Gula²

“Anak saya masih trauma,” demikian kata Faraliza Khalid yang mendakwa anaknya hampir diculik seorang lelaki.

Advertisement

Dalam kejadian jam 6.30 petang semalam di Jalan 6/6 Putra Tropika, berhampiran Sekolah Rendah Bandar Seri Putra, anaknya, Feiyaz, pulang dari sekolah ternampak sebuah kereta Proton berwarna hitam yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu berkulit gelap menawarkan gula-gula kepadanya.

“Tetapi Feiyaz geleng kepala. Orang itu terus keluarkan pisau lipat dan buka lipatan pisau sambil senyum pada Feiyaz menyebabkan anak saya itu lari sekuat hati.

“Jam 6.45 petang, dia sampai ke rumah pengasuh sambil menangis-nangis menceritakan kejadian itu. Sekarang dia trauma, sudahlah nak dia ada exam,” katanya.

Faraliza juga memaklumkan kejadian itu kepada pengerusi taman perumahan dan dia dinasihatkan untuk membuat laporan polis.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di pintu masuk taman yang mempunyai pengawal keselamatan itu, sebuah kereta hitam keluar masuk di kawasan perumahan itu sekitar jam 5-7 petang. Menurut saksi, kereta hitam itu mundar-mandir di kawasan itu dalam tempoh tersebut

“Laporan polis telah dibuat. Polis bagi nombor telefon untuk call saja jika ada kes mencurigakan. Polis terus menghubungi polis peronda untuk periksa rakaman CCTV untuk siasatan.

“Moralnya, jenayah semakin menjadi-jadi, semua orang gila dan kes culik budak macam dah datang balik musim. Macam buah durian pula.

“Hati bagai nak runtuh tadi bila dengar anak ceritakan semula kejadian itu. Selalu dengar dan tengok di TV saja, hari ini berlaku pada anak sendiri,” katanya

Bimbang dengan kejadian yang tidak diingini berlaku, Faraliza tidak lagi membenarkan anaknya pulang berjalan kaki. Sebaliknya menggunakan khidmat van sekolah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...