Anak Pesara Kini Berpeluang Membeli Rumah Mampu Milik Di Bawah Skim PPA1M

Trending

Anak Pesara Kini Berpeluang Membeli Rumah Mampu Milik Di Bawah Skim PPA1M

Anak pesara kerajaan kini berpeluang untuk membeli rumah mampu milik di bawah Skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Advertisement

Katanya, keputusan itu membolehkan golongan anak pesara membeli rumah berharga lingkungan RM150,000 hingga RM300,000 bagi perumahan ‘landed’ dan berstrata.

“Pada malam ini, saya ingin memaklumkan bahawa kerajaan sudah bersetuju untuk membenarkan anak-anak pesara kerajaan untuk membeli rumah PPA1M, ada kemungkinan pesara semua sudah ada rumah.

“Tetapi anak-anak pesara juga boleh memiliki rumah PPA1M walaupun mereka tidak bekerja dengan kerajaan,”

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan lanjut butiran mengenai perkara itu.

Sebelum ini, syarat permohonan PPA1M hanya terbuka kepada penjawat awam daripada semua gred jawatan, penjawat awam yang berpencen dan kontrak.

Sementara itu, Ali mahu pesara kerajaan kekal membantu kerajaan menyampaikan maklumat dan dasar-dasar kerajaan dengan baik bagi menghindarkan maklumat tidak tepat viral kepada rakyat sekali gus menjejaskan kestabilan ekonomi dan pembangunan negara.

Beliau menyarankan pesara kerajaan berkongsi pandangan mengenai kerajaan melalui landasan atau platform yang betul bagi menjaga kredibiliti dan imej perkhidmatan awam.

Katanya lagi, pesara kerajaan yang juga pengasas dan tunjang kepada dasar-dasar yang sudah diperkenalkan perlu aktif menyumbang idea dalam merealisasikan hasrat Malaysia menjadi antara 20 negara teratas dalam pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat menjelang tahun 2050.

Sumber : Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...