“Anak Pergi Sekolah Tapi Tak Belajar..” – Guru Didakwa Terlalu Banyak Urusan Luar & Silibus Terabai, Ibu Minta KPM Fokuskan Pengajaran

Kehidupan

“Anak Pergi Sekolah Tapi Tak Belajar..” – Guru Didakwa Terlalu Banyak Urusan Luar & Silibus Terabai, Ibu Minta KPM Fokuskan Pengajaran

Semua sedia maklum, tugas guru hari ini bukan hanya mengajar di dalam kelas. Mereka juga perlu terlibat dengan pelbagai komitmen luar seperti pertandingan, kursus dan aktiviti kokurikulum.

Namun, keadaan ini mula menimbulkan kebimbangan ibu bapa yang risau anak-anak ke sekolah tapi tidak belajar seperti sepatutnya.

Advertisement
murid sekolah tak belajar

gambar hiasan

Isu ini hangat diperkatakan semula selepas seorang wanita mendakwa anaknya sudah dua hari ke sekolah tanpa sesi pembelajaran kerana guru tiada di kelas disebabkan urusan luar.

Menerusi satu hantaran di Threads, wanita yang merupakan ibu kepada seorang pelajar sekolah rendah menyatakan kebimbangan terhadap situasi semasa yang berlaku di sekolah anaknya.

Wanita itu mendakwa anaknya sudah dua hari tidak mengikuti sebarang sesi pembelajaran kerana semua guru terlibat dengan urusan luar. Malah, tiada kerja sekolah yang diberikan kerana kelas digantikan dengan guru relief sepanjang hari.

Dah dua hari anak pergi sekolah tapi tak belajar langsung. Bila tanya ada homework tak, dia jawab tak ada sebab berkampung (relief) dari pagi sampai balik.

Dia turut meluahkan kebimbangan kerana banyak silibus masih belum diselesaikan, termasuk subjek Matematik yang didakwa belum masuk bab kedua walaupun tahun sudah hampir ke separuh jalan.

ibu mohon guru fokus habiskan silibus

Wanita itu turut menyeru agar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) segara mengambil tindakan untuk mengurangkan beban tugas guru dan memastikan pengajaran kekal menjadi fokus utama.

Katanya, jika keadaan ini dibiarkan, maka pelajar yang tidak mendapat bimbingan di rumah akan menjadi mangsa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mereka yang bergelar guru tampil mengesahkan situasi tersebut.

Mereka menyatakan bahawa kini mereka dibebani pelbagai tanggungjawab di luar skop subjek masing-masing seperti menjadi guru pengiring ke pertandingan, mengurus acara sukan, kokurikulum, menghadiri kursus dan lawatan luar sekolah.

ibu mohon guru fokus habiskan silibus ibu mohon guru fokus habiskan silibus ibu mohon guru fokus habiskan silibus

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

ibu bapa buat aduan SiSPAA
2 days ago

Guru Hantar Foto 18 Pelajar Tak Siapkan Kerja Sekolah Dalam WhatsApp, Ibu Bapa Buat Aduan KE SISPAA Kerana Maruah Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...