“Anak Perempuan Saya Kena Jaga Terbaik”, Ujar Aliff Syukri Rotan Anak Tujuan Mendidik

Kehidupan

“Anak Perempuan Saya Kena Jaga Terbaik”, Ujar Aliff Syukri Rotan Anak Tujuan Mendidik

Nak didik anak perempuan orang dahulu kata ibarat nak menjaga 1 kandang kambing kerana perlu didik dengan betul dari kecil hinggalah dewasa. Kalau tak hancurlah anak dara itu nanti kalau tak dibimbing.

Bagi usahawan kosmetik  tersohor, Datuk Seri Aliff Syukri, dia juga mempunyai cara didikan tersendiri untuk anak-anaknya.

Advertisement

Kata Aliff, tindakannya merotan anak perempuannya, Qadejah El Zahra, 9, kerana membuka tudung di hadapan lelaki ajnabi adalah bersebab.

Anak perempuan saya kena jaga yang terbaik.

Maafkan abah Cess. Abah teramat sayang Cess tapi ni semua untuk masa depan Cess.

Hari ni abah rotan Cess sebab abah nak ces faham erti maruah seorang perempuan. Qadejah ni ada satu habit kadang-kadang dia buka tudung je depan lelaki yang tak kenal.

Mungkin dia tak faham sebab dia kecil lagi tapi dari kecil ni saya kena didik la supaya dia tahu batas-batas dan tutup aurat.

Saya nak anak perempuan saya jadi yang terbaik, pandai agama dan tahu jaga kehormatan diri.

Harap-harap dia dapat pengajaran dan belajar dari kesilapan,” tulisnya bersama sepotong video sedang merawat bahagian belakang anak perempuannya yang sedang menahan sakit.

 

Dalam video berkenaan, Qadejah menangis teresak-esak dipercayai akibat dirotan bapanya namun Aliff tanpa putus asa memujuk anak perempuannya sambil menyapu ubat.

Tindakan tegas namun menyentuh hati itu mendapat pujian daripada netizen biarpun ada yang turut bersimpati dengan keadaan Qadejah.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...