Melalui laporan mStar, seorang wanita yang bernama Siti meluahkan rasa kecewa selepas anaknya berusia 12 tahun dibuli oleh rakan sebaya yang merupakan anak kepada penyampai radio popular.
Anak penyampai radio popular pembuli!
Kata Siti, kejadian tersebut berlaku bermula Julai tahun lalu dan ia semakin serius selepas kesihatan mental serta emosi anaknya terganggu.
Budak itu berlagak diva sebab mak ayah dia artis. Semua bermula apabila sekitar lima orang pelajar termasuk anak penyampai radio itu membentuk satu kumpulan WhatsApp dan mula mengutuk warna kulit anak saya.
Bukan hanya mengejek, malah pembuli-pembuli itu turut berniat untuk memukul anaknya hingga dia mengalami tekanan emosi.
Hampir nak buat laporan polis..
Sebagai seorang ibu, Siti sama sekali tidak dapat mendiamkan diri, lagi-lagi melihat sikap anaknya berubah secara drastik, di mana sebelum ini seorang yang ceria serta aktif.
Selepas saya dapat tangkap layar sebagai bukti, saya terus pergi ke sekolah dan bertemu guru besar. Masa itu saya memang marah sangat sampai terfikir nak buat laporan polis. Budak itu akhirnya mengaku membuli anak saya dan minta maaf.
Hal yang membuatkan Sit bertambah sedih kerana bukan anaknya saja menjadi mangsa, malah ramai lagi pelajar lain yang menjadi mangs dibuli oleh anak penyampai radio itu.